Monday, April 12, 2010

kembali setelah 2 tahun

Perjalanan ke terengganu melalui Grik-lebuh raya timur barat sangat mengujakan.Benar seperti pepatah org tua-tua sekali air bah sekali pasir berubah.Terengganu Negeri Cantik Budaya Menarik,telah banyak berubah.Jalan pantai menuju ke arah KT dari Besut dan Setiu(semapadan Kelantan) jalannya sama macam jalan dr Kuala Selangor ke Kapar.

Panorama pantai dan tebingan Pulau Duyung tentunya menggamit.Dahulunya 10 tahun tempat pelancongan yang terkenal hanyalah Muzium Losong.Kini kita boleh menatap pemandangan yang jauh berbeza.

Antara tarikan pelancong yang lain adalah pantainya yang menarik.Motel dan rumah penginapan pun sangat berpatutan..

Pergi ke seberang Takir-jangan lupa minum Air Buah Gelas Besar..nostalgia yang tidak dapat dilupakan. Ianya kerana diriku pernah bekerja di situ 2 bulan bergaji RM15 sehari semalam bermula 4 petang dan habis 2 3 pagi..

PLING TIDAK TERLEPAS PELUANG MELAWAT SEKOLAH LAMAKU SESMA.JAUH BERUBAH..yang masih ada Astaka tempat latihan MSSDKTU MAjlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara.Aku antara atlit muda yang menyertai latihan tersebut setiap pagi JUMAAT di bawah kendalian Cikgu Hamid..

SESMA ANTARA AKTIVITI YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN - PERANG MERCUN DGN TEKNIK MENJELANG RAYA..

No comments: