Friday, April 16, 2010

12 TEKNIK ULANGKAJI BERKESAN

1.Tempat yang sesuai
buat ulangkaji di tempat yang kondusif iaitu selesa dan tidak terlalu panas atau sejuk.Ini termasuklah pencahayaan.Cahaya mestilah terang dan tidak malap atau terlalu menyilaukan mata.

2. kelengkapan cukup
pastikan kelengkapan dari segi alat tulis dan buku-buku yang diperlukan ada.

3. Duduk selesa
Jangan duduk menyandar atau berbaring.ia akan menyebabkan kita tertidur terus.seelok-eloknya pastikan postur badan tegak.

4. Baca Doa
Sebelum dan sesudah membuat ulangkaji mesti membaca nota.

5. Baca Nota
Mengulangkaji bermakna anda sudah membuat nota dan bukannya bercakap-cakap atau mendengar muzik.Ini kerana minda kita satu dan perlu fokus.Minda tidak boleh memebuat 2 kerja dengan efisyen dalam satu masa.
NOTA MESTI DIBACA BERULANGKALI UNTUK INGATAN JANGKA PANJANG DAN KEFAHAMAN YANG MENDALAM.


6.Fikir-fikir semula
Setelah habis menelaah hendaklah berfikir-fikir semula tentang topik yang telah diulangkaji.Gunakan Teknik Visualisasi iaitu membuat gambaran menggunakan minda.

7. Catat dan buat lakaran
catat nota ringkas dan buat lakaran gambarajah terutama bagi subek sains,biologi fizik dan kimia.dengan membuat gambar rajah membantu kita memahami sesuatu subjek dengan lebih mendalam dan cepat.

No comments: