Friday, April 30, 2010

BUAH ENGKABANG


Dalam tahun 1987 sebelum bersekolah bahagian miri, saya pernah belajar di SK Nanga Tebat(berhampiran dengan muara sungai SKRANG)-beberapa bulan belajar di sana -dalam 2 bulan.sekolahnya jauh terpencil.Dari Betong (sebuah pekan kecil) perjalanan naik perahu lebih kurang 1 jam setengah.kemudian naik kereta atau bas di Pais..pangkalan perahu.melaui Ai Skrang yang deras dan berombak(denak)sangat mengerikan.Terutama apabila air bah(ai besai).Air berwarna tanah(keroh) dan deras..

Pengalaman pertama di sekolah itu adalah mengutip buah engkabang yang luruh.Di sarawak buah engkabang(meranti)mempunyai nilai kormersil yang tinggi.Mengikut kata ayah harga buah engkabang yang dikutip berharga belasan ringgit.Hasil kutipan ketika sedang mandi dan hujung minggu.

Ketika di sana terdapat 2 atau 3 orang sepupu(sebelah ibu)yang belajar sekali.Yang masih kecil ketika itu ialah Husin.Ningkan dan Lenggong dah besar..

p/s ibuku meninggal selepas bersalin melahirkan adikku Bundang..Akibat pendarahan teruk.
-ketika itu umurku 2 tahun.sama umur dengan anak bongsuku menjelang 10 julai 2010.

No comments: