Saturday, December 4, 2010

kos pendidikan

kos pendidikan melambung tinggi. di britain misalnya melonjak 3 kali ganda.Ini menyebabkan mahasiswa di sana membuat demonstrasi. hingga 2004 di malaysia pengajian selama 3 1/2 tahun berjumlah 21k. pendidikan prasekolah sahaja yuran pendaftaran utk 2 orang anak menelan rm1500.bayangankan kos pendidikan 10 tahun akan datang.

Friday, December 3, 2010

Orang Putih

Banyak nilai baik yang kita boleh ambik daripada Orang Putih dari segi pengurusan - khususnya sukan.Hampir semua badan sukan yang di bawah kendalian mereka mencapai kejayaan yang membanggakan (bola sepak, golf, badminton dsb). Yang menarik perhatian saya ialah pemilihan tuan rumah bagi PIALA DUNIA 2018 DAN 2022. Beberapa buah negara yang melobi untuk menjadi tuan rumah misalnya, Sepanyol-Portugal, Amerika , England, Jepun, Qatar, Russia dan beberapa negara lagi. Akhirnya delegasi 22 buah negara lebih kurang telah mengundi Russia dan Qatar sebagai tuan rumah.

England antara pelobi yang paling bersungguh-sungguh, bersama bakal pengganti tahkta, duta - David Beckham, Menteri Sukan, bekas Jurulatih England, dan persembahan (dipuji oleh Presiden FIFA) yang mengujakan-menayangkan fasiliti2 sukan dan kemudahan pengangkutan lainnya dengan media yang berderetan tetapi kalah dalam bidaan mereka.

Kalah bukan kerana kuran lobi atau fasiliti sukan, kerana perwakilan mempunyai nilai bebas (tidak terpengaruh ) dan inginkan kelainan.

Qatar misalnya mengikut laporan akhbar mempunyai penduduk kurang dari sejuta orang.(petikan akhbar -Qatar will stage the 2022 finals, a first both for middle east and for an arab country.It will also be the smallest nation ever to host the World Cup with a population of less than a million). Begitulah pengurusan yang bagus sekiranya ingin maju.Jangan pilih bulu. Berikan penuh kepercayaan.

serba tak kena

hari ini hari jumaat, setelah subuh aku tidur balik.mungkin sebab keletihan berkunjung ke Pameran MAHA 2010 di Serdang Selangorsemalam.Selepas bersiap, aku terus bergegas ke Masjid TAR, sarapan pagi 11.30 pagi (branch). Berwuduk dan duduk mendengar ceramah tentang SABAR DAN SOLAT. Kata Ustaz orang islam mesti sabar dan solat.Ustaz menambah lagi sabar ada 16 jenis.
Seusai sembahyang jumaat, aku terus bergerak ke IKEA.Tapi entah kenapa kali ini aku tak jumpa2.Pusing2 jumpa TTDI. Akhirnya aku feed up. Dan terus ke Shah Alam. Makan malam dan pergi ke kedai buku, membelek2 buku, akhirnya aku jatuh cinta dengan 3 buah buku lalu membelinya. kata orang, Cinta Bernyawa dan Sentiasa Berkembang."-entah betul ka tidak.

sendiri

sendiri.saat yang paling sesuai untuk membuat introjeksi.terlalu banyak yang perlu dibuat untuk diri.cuti yang paling sibuk sebenarnya.dengan kursus dan agenda2 lain.yang paling setia bersama kita belum tentu orang kita sayangi atau harta yang kita ada, bersabda nabi saat anak adam meninggalkan alam fana ada 3 perkara yang akan mengiringi kita iaitu keluarga, harta dan amal, 2 (harta dan keluarga) akan balik semula yang bersama kita ialah amal-amal kita.

Kala sendiri, Allah yang paling kita rasai kehadirannya.Susah atau senang Allah sentiasa bersama kita.KEKASIH-akan bersama kita ketika berada, bak kata HAMKA "Jika kemiskinan datang melalui pintu, kekasih akan keluar melalui tingkap"-(kata-kata ini pernah dibentangkan olehku ketika praktikal pengucapan awam di UPM dalam tahun 2003 yang bertajuk KEMISKINAN.