Banyak nilai baik yang kita boleh ambik daripada Orang Putih dari segi pengurusan - khususnya sukan.Hampir semua badan sukan yang di bawah kendalian mereka mencapai kejayaan yang membanggakan (bola sepak, golf, badminton dsb). Yang menarik perhatian saya ialah pemilihan tuan rumah bagi PIALA DUNIA 2018 DAN 2022. Beberapa buah negara yang melobi untuk menjadi tuan rumah misalnya, Sepanyol-Portugal, Amerika , England, Jepun, Qatar, Russia dan beberapa negara lagi. Akhirnya delegasi 22 buah negara lebih kurang telah mengundi Russia dan Qatar sebagai tuan rumah.
England antara pelobi yang paling bersungguh-sungguh, bersama bakal pengganti tahkta, duta - David Beckham, Menteri Sukan, bekas Jurulatih England, dan persembahan (dipuji oleh Presiden FIFA) yang mengujakan-menayangkan fasiliti2 sukan dan kemudahan pengangkutan lainnya dengan media yang berderetan tetapi kalah dalam bidaan mereka.
Kalah bukan kerana kuran lobi atau fasiliti sukan, kerana perwakilan mempunyai nilai bebas (tidak terpengaruh ) dan inginkan kelainan.
Qatar misalnya mengikut laporan akhbar mempunyai penduduk kurang dari sejuta orang.(petikan akhbar -Qatar will stage the 2022 finals, a first both for middle east and for an arab country.It will also be the smallest nation ever to host the World Cup with a population of less than a million). Begitulah pengurusan yang bagus sekiranya ingin maju.Jangan pilih bulu. Berikan penuh kepercayaan.
No comments:
Post a Comment