Tahun nilah tahun pertama aku masuk darjah satu.berpindah dari bahagian sri aman ke bhgn miri.Datuk ku antara peneroka awal di suai, bhgn miri.Sangat rajin datuk ku.Ia seorang yang sangat kreatif.namakan saja seni pertukangan, dia pasti mahir mengerjakanya. Sangat berani dan tinggi lampai.Nenek ku berkata muka ku ada meh..meh wajahnya.
ASRAMA
Masuk sahaja ke tahun satu sudah pun tinggal di asrama.Seminggu di bekali nenek/ayah dengan RM1.Pagi-pagi bangun 5.30 dan mandi di sungai yang kami panggil Ai Suai...Ai= Air/sungai(bahasa iban).ketika itu airnya sejuk dan jernih.tapi kami awas,lubuknya pasti ada buaya..lebih-lebih lagi lubuk yang kami kenali sebagai lubuk kintong.
Makan di asrama sarapan,rehat,makan tgh ari dan makan malam.yuran ketika itu RM5.00 setahun.dibayar di pejabat sekolah..makan waktu rehat ada dijual..rm0.30 utk sebungkus mee/nasi..air rm0.20.waktu rehat di asrama sekolah disediakan air kotak dan sepotong kuih.
Guru kelas pertama ketika itu ialah Pn Linda Ho dan Guru BI-Mr Foo,Seni-cikgu Sunday.Cikgu2 sangat dedikasi.untuk bi-Mr kami diwajibkan membeli buku 555,di sana ditulis segala spelling..dan dihafal..besok waktu bi akan ditanya semua oleh beliau..sapa yang salah akan didenda..bagiku kaedah ini sangat efisyen..
No comments:
Post a Comment