Friday, April 30, 2010

BUAH ENGKABANG


Dalam tahun 1987 sebelum bersekolah bahagian miri, saya pernah belajar di SK Nanga Tebat(berhampiran dengan muara sungai SKRANG)-beberapa bulan belajar di sana -dalam 2 bulan.sekolahnya jauh terpencil.Dari Betong (sebuah pekan kecil) perjalanan naik perahu lebih kurang 1 jam setengah.kemudian naik kereta atau bas di Pais..pangkalan perahu.melaui Ai Skrang yang deras dan berombak(denak)sangat mengerikan.Terutama apabila air bah(ai besai).Air berwarna tanah(keroh) dan deras..

Pengalaman pertama di sekolah itu adalah mengutip buah engkabang yang luruh.Di sarawak buah engkabang(meranti)mempunyai nilai kormersil yang tinggi.Mengikut kata ayah harga buah engkabang yang dikutip berharga belasan ringgit.Hasil kutipan ketika sedang mandi dan hujung minggu.

Ketika di sana terdapat 2 atau 3 orang sepupu(sebelah ibu)yang belajar sekali.Yang masih kecil ketika itu ialah Husin.Ningkan dan Lenggong dah besar..

p/s ibuku meninggal selepas bersalin melahirkan adikku Bundang..Akibat pendarahan teruk.
-ketika itu umurku 2 tahun.sama umur dengan anak bongsuku menjelang 10 julai 2010.

Wednesday, April 28, 2010

1987

Tahun nilah tahun pertama aku masuk darjah satu.berpindah dari bahagian sri aman ke bhgn miri.Datuk ku antara peneroka awal di suai, bhgn miri.Sangat rajin datuk ku.Ia seorang yang sangat kreatif.namakan saja seni pertukangan, dia pasti mahir mengerjakanya. Sangat berani dan tinggi lampai.Nenek ku berkata muka ku ada meh..meh wajahnya.

ASRAMA
Masuk sahaja ke tahun satu sudah pun tinggal di asrama.Seminggu di bekali nenek/ayah dengan RM1.Pagi-pagi bangun 5.30 dan mandi di sungai yang kami panggil Ai Suai...Ai= Air/sungai(bahasa iban).ketika itu airnya sejuk dan jernih.tapi kami awas,lubuknya pasti ada buaya..lebih-lebih lagi lubuk yang kami kenali sebagai lubuk kintong.

Makan di asrama sarapan,rehat,makan tgh ari dan makan malam.yuran ketika itu RM5.00 setahun.dibayar di pejabat sekolah..makan waktu rehat ada dijual..rm0.30 utk sebungkus mee/nasi..air rm0.20.waktu rehat di asrama sekolah disediakan air kotak dan sepotong kuih.

Guru kelas pertama ketika itu ialah Pn Linda Ho dan Guru BI-Mr Foo,Seni-cikgu Sunday.Cikgu2 sangat dedikasi.untuk bi-Mr kami diwajibkan membeli buku 555,di sana ditulis segala spelling..dan dihafal..besok waktu bi akan ditanya semua oleh beliau..sapa yang salah akan didenda..bagiku kaedah ini sangat efisyen..

Tuesday, April 27, 2010

hari yang sibuk

Hari ini hari yg sgt sibuk.Ingatkan diriku balik lwt..past past balik rumah.alangkah kecewanya anak-anak tak blk lagi.jam dah 5 petang...pusing balik ke tempat pengasuh m fatih ,zulaikha dan khadijah.betul diaorang masih lagi kat sana..bawak lah kanak-kanak ribena tu.sampai2 kat rumah..anak2 pun mengeluh."ala..mama tak balik lagi"..elaun bandar pun kena naik jugak..elaun pendalaman pun sama..sibuknya di bandar.pendalaman kesunyian dan kejauhan..kos tambang pergi sahaja naik perahu rm500.naik kereta rm400..hotel rm100 semalam(agak2 berapa bintang)makan pagi tgh hari dan malam RM50.teksi rm100..totalnya RM1150...kos di bandar..jauh lebih tinggi.

Sunday, April 25, 2010

DEMAM DAN CUP CAKES

Hari ini isteriku dan kawan-kawannya belajar membuat cup cakes.Diriku demam dan tak dapat menjenguk mereka.Hanya sempat bawa anak2 keluar 2 jam pusing2 bukit tinggi dan makan kfc di tesco..lepas tu balik dan rest .tido.bgn pkl 4 dan perform solat zohor..
kmndn makan ubat dan dgr isteri cerita pasal cup cakes...LAYAN..

Monday, April 19, 2010

KELEBIHAN DUDUK DALAM MAJLIS ILMU

KELEBIHAN DUDUK DALAM MAJLIS ILMU ADALAH LEBIH BAIK DARI SEMBAHYANG SUNAT 1000 RAKAAT..

Friday, April 16, 2010

12 TEKNIK ULANGKAJI BERKESAN

1.Tempat yang sesuai
buat ulangkaji di tempat yang kondusif iaitu selesa dan tidak terlalu panas atau sejuk.Ini termasuklah pencahayaan.Cahaya mestilah terang dan tidak malap atau terlalu menyilaukan mata.

2. kelengkapan cukup
pastikan kelengkapan dari segi alat tulis dan buku-buku yang diperlukan ada.

3. Duduk selesa
Jangan duduk menyandar atau berbaring.ia akan menyebabkan kita tertidur terus.seelok-eloknya pastikan postur badan tegak.

4. Baca Doa
Sebelum dan sesudah membuat ulangkaji mesti membaca nota.

5. Baca Nota
Mengulangkaji bermakna anda sudah membuat nota dan bukannya bercakap-cakap atau mendengar muzik.Ini kerana minda kita satu dan perlu fokus.Minda tidak boleh memebuat 2 kerja dengan efisyen dalam satu masa.
NOTA MESTI DIBACA BERULANGKALI UNTUK INGATAN JANGKA PANJANG DAN KEFAHAMAN YANG MENDALAM.


6.Fikir-fikir semula
Setelah habis menelaah hendaklah berfikir-fikir semula tentang topik yang telah diulangkaji.Gunakan Teknik Visualisasi iaitu membuat gambaran menggunakan minda.

7. Catat dan buat lakaran
catat nota ringkas dan buat lakaran gambarajah terutama bagi subek sains,biologi fizik dan kimia.dengan membuat gambar rajah membantu kita memahami sesuatu subjek dengan lebih mendalam dan cepat.

BELAJAR MENERIMA KEKALAHAN

zidane di ajak oleh anakya enzo untuk bermain bola bersama theo dan luca.dia menolak tapi kemudiannya menerima setelah enzo mengajaknya berulang kali.Setelah bermain masing-masing anaknya mempamerkan skill seperti ayahnya.Beberapa insiden berlaku antaranya kaki anaknya tercedera dan kumpulan enzo kalah dalam pertandingan tersebut.Enzo tidak dapat menerima kekalahan tersebut lalu 'diwrestling' oleh enzo bapanya.Namun yang menarik, ayahnya bertanya 'awak tidak boleh menerima kekalahan ka?'

Kesimpulan belajarlah menerima kekalahan kerana kekalahan akan mematangkan kita..

untuk lebih lanjut boleh lihat yotube dengan menaip 'Zidane play football with his son'.