Tuesday, June 8, 2010

Persoalan Cinta

cinta dimiliki oleh semua orang, dari anak kecil hingga orang tua.Cinta kepada seseorang menyebabkan telinga pekak,mata buta dan lidah kelu tidak terkata.Macam-macam takrifan cinta..Antaranya dua hati menajadi satu.Cinta manusia teragung yang pernah dicatatkan oleh al-quran ialah cinta zulaikha-yusof.

Semestinyakah cinta itu diakhiri dengan sebuah perkahwinan? Tidak.Misalnya seorang teruna saling mencintai seorang wanita dan sebaliknya tetapi keluarga sebelah perempuan tidak merestui cinta mereka, maka cinta mereka tidak sampai ke jinjang pelamin. Sang wanita memutuskan agar mereka berpisah sahaja.Adakah sang wanita tidak mencintai si teruna? Tidak.Kerana kecintaannya kepada si terunalah menyebabkannya membuat keputusan tidak mempersuami sang teruna..Ini kerana hatinya terlalu sayang dan cinta kepada si teruna. Dia tidak sanggup nanti insan yang bertahkta dihatinya dilukai oleh ibu bapanya.Apatah lagi dipulau oleh adik-adik lebih-lebih lagi abang-abangnya.

Sedikit sedutan lagu tentang cinta:
Rasa cinta pasti ada,
pada makluk yang bernyawa,
sejak dulu hingga kini,
..........la...la.la.

Cinta tidak semestinya bersatu, adakalanya cinta menuntut sebaliknya.wallahua'lam.

No comments: