Pembangunan komuniti merupakan satu subjek final year yang wajib diambil.Yang ambik subjek tu cuma 6 orang termasuk aku..2 daripadanya adalah sahabat baik ku(nota-nota yang tertinggal diambik daripadanya). Walaupun 6 orang tapi pensyarahku begitu bersemangat menyampaikan kuliah.Langsung aku tak pernah ponteng menghadiri kuliah walau bagaimana malas sekalipun..Mana muka nak sorok.. pasti aku akan menanggung malu nanti.
Antara kandungan pembangunan subjek ini adalah EMPOWERMENT.Sesuatu komuniti itu perlu didayaupayakan untuk terus maju.Dalam konteks ini perancangan yang berkesan adalah bottom-up.Di mana komuniti itu sendiri yang merancang dan mengutarakannya kepada pihak berwajib.
Antara projek yang dapat dilihat adalah GDW-Gerakan Desa Wawasan.Mottonya ada 3M-Maju,Menarik dan menguntungkan..1 kampung satu projek industri desa.
Subjek ini turut membicarakan tentang Persatuan Pinggan Mangkuk.Satu contoh persatuan yang sangat berjaya yang pernah aku tahu mempunyai aset berjumlah RM60 ribu dan usia persatuan itu menurut mak cik-2 yang tidak lokek bercerita mencecah 30 tahun..sudah pun menyambut jubli perak.Ahli2nya mengadakan kenduri kahwin dengan menggunakan segala kemudahan yang ada termasuk khemah,pingan mangkuk,tempat masak,set buffet meja, alas meja dan sebagainya secara percuma.Tuan rumah yang mengadakan kenduri akan mendapat bantuan duit tunai daripada persatuan.Ahli2 akan diagihkan membantu tempat2 tertentu seperti tempat membasuh pinggan,masak, menghidangkan, mengangkat pinggan untuk dibasuh.Siap dengan syif bekerja lagi.HEBAT.
Dilembah klang satu khemah 20x20 biasa(bukan jenis arabian)sewaan mencecah RM120 (2008)
Sekadar catatan untuk ingatanku..kerana setiap kali ada kenduri aku teringat isi kandungan subjek PEMBANGUNAN KOMUNITI yang pernah di ajar oleh pensyarahku itu
Benar seperti sajak Usman Awang.."seribu tahun katanya menjadi hikmat".
No comments:
Post a Comment