Tuesday, June 29, 2010

Pembangunan Komuniti

Pembangunan komuniti merupakan satu subjek final year yang wajib diambil.Yang ambik subjek tu cuma 6 orang termasuk aku..2 daripadanya adalah sahabat baik ku(nota-nota yang tertinggal diambik daripadanya). Walaupun 6 orang tapi pensyarahku begitu bersemangat menyampaikan kuliah.Langsung aku tak pernah ponteng menghadiri kuliah walau bagaimana malas sekalipun..Mana muka nak sorok.. pasti aku akan menanggung malu nanti.

Antara kandungan pembangunan subjek ini adalah EMPOWERMENT.Sesuatu komuniti itu perlu didayaupayakan untuk terus maju.Dalam konteks ini perancangan yang berkesan adalah bottom-up.Di mana komuniti itu sendiri yang merancang dan mengutarakannya kepada pihak berwajib.

Antara projek yang dapat dilihat adalah GDW-Gerakan Desa Wawasan.Mottonya ada 3M-Maju,Menarik dan menguntungkan..1 kampung satu projek industri desa.

Subjek ini turut membicarakan tentang Persatuan Pinggan Mangkuk.Satu contoh persatuan yang sangat berjaya yang pernah aku tahu mempunyai aset berjumlah RM60 ribu dan usia persatuan itu menurut mak cik-2 yang tidak lokek bercerita mencecah 30 tahun..sudah pun menyambut jubli perak.Ahli2nya mengadakan kenduri kahwin dengan menggunakan segala kemudahan yang ada termasuk khemah,pingan mangkuk,tempat masak,set buffet meja, alas meja dan sebagainya secara percuma.Tuan rumah yang mengadakan kenduri akan mendapat bantuan duit tunai daripada persatuan.Ahli2 akan diagihkan membantu tempat2 tertentu seperti tempat membasuh pinggan,masak, menghidangkan, mengangkat pinggan untuk dibasuh.Siap dengan syif bekerja lagi.HEBAT.

Dilembah klang satu khemah 20x20 biasa(bukan jenis arabian)sewaan mencecah RM120 (2008)

Sekadar catatan untuk ingatanku..kerana setiap kali ada kenduri aku teringat isi kandungan subjek PEMBANGUNAN KOMUNITI yang pernah di ajar oleh pensyarahku itu
Benar seperti sajak Usman Awang.."seribu tahun katanya menjadi hikmat".

Saturday, June 26, 2010

Penulis kegemaranku

Penulis kegemaranku adalah Prof Dr HAMKA.Antara banyak buku novel karangannya buku 'Tenggelamnya Kapal Van Der wijck' adalah kegemaranku.Ceritanya menarik dan sedih.Ceritanya sangat seperti cerita benar.Hanya penulis yang tahu.Antara lain buku yang ku minati juga adalah BIOGRAFI beliau.Sangat menarik biografi beliau siap dengan pantun nasihat adanya.Dulu-dulu minat membacaku sangat bagus iaitu ketika persekolahan menengahku.kini minat itu ada tapi membacanya tidak serancak dulu.Bukan sedikit novel yang ada dalam PUSTAKA HMI, tapi entah,tidak satu pun novel yang menarik minatku.Yang sempat aku baca (itu pun ketika baru kawen dulu) Bila Sena Kembali Berbunga.Habis ku baca.Diulang2 lagi.Kini minatku yang baru adalah menonton rancangan sukan..satu keinginan ku adalah memiliki berjilid2 Tafsir beliau.

Friday, June 18, 2010

Memori 2006


Ini adalah gambarku bersama anak sulung yang berusia setahun,muhammad fatih dan isteriku.Ketika itu umurku baru 27 tahun, manakala isteriku baru 26 tahun.

Thursday, June 17, 2010

Harga yang perlu dibayar untuk sebuah....................

al kisahnya..besok nak cat rumah.dan nak rasa roti canai yang dibuat oleh isteri.ptg yang lewat,aku pergi membeli 2 batang berus cat dan dua kg tepung gandum.Sangat memeranjatkan apabila singgah di kedai hadware untuk membeli berus cat.Tiba2 jurujual kedai bertanya,"ada dua jenis berus cat abang,1-halal,2-tak halal" aku bertanya," yang halal mana?" dipendekkan cerita..aku memilih berus cat berwarna hijau bertulis HALAL BERUS CAT.

UNTUK 2 JENIS BERUS YANG BERLAINAN SAIZ:1- saiz 50.8mm aku beli dengan harga RM8.60
2-saiz 63.5mm aku beli dengan hargaRM 11.90
JUMLAH KESELURUHAN rm20.50

Aku bertanya kepada cashier :oo untuk 2 berus rm20.50?
cashier: u mau yang halal kan?
aku : yap

aku sempat melihat yang non halal dengan saiz yang lebih kurang sama saiznya dengan berus kecil yang aku beli adalah sekitar RM2.50.BEZA harganya sekitar RM6.10.

Ini adalah pengalaman baru aku membeli berus cat atau water colour..sejak darjah 1-1987 hingga tingkatan 3-1995 (untuk seni) aku tak pernah nampak ada logo halal pada berus cat/water colour?

HARGA YANG PERLU DIBAYAR UNTUK SEBUAH PILIHAN YG HALAL LG BAIK..

Sunday, June 13, 2010

HOLIDAY..HOLIDAY

cuti kali ini macam2 yg berlaku.kenduri yang telah ku hadir ada 4..semuanya mempunyai nilai signifikan yang tersendiri.kenduri pertama:adalah kenduri sepupu isteriku di perlis.tempat ini merupakan persinggahanku sewaktu bertunang.beliau merupakan teman kepada isteriku ketika berjumpa buat kali pertama sebelum bertunang.
kenduri kedua:merupakan keluarga angkat ku merangkap schoolmateku di SESMA.di sini segalanya bermula...melangkah kaki ke menara gading bermula di rumah ini.sempat bertemu dua schoolmate ku,seorang sama dormitry,dan seorang lagi merupakan pakar rujuk mata pelajaran matematik khususnya matematik tambahan.. kenduri ketiga dan keempat : kenduri jiran .orang yang pertama akan hadir ketika sakit demam pada saat kita berjauhan dengan keluarga....

HOLIDAY..HOLIDAY

Tuesday, June 8, 2010

Persoalan Cinta

cinta dimiliki oleh semua orang, dari anak kecil hingga orang tua.Cinta kepada seseorang menyebabkan telinga pekak,mata buta dan lidah kelu tidak terkata.Macam-macam takrifan cinta..Antaranya dua hati menajadi satu.Cinta manusia teragung yang pernah dicatatkan oleh al-quran ialah cinta zulaikha-yusof.

Semestinyakah cinta itu diakhiri dengan sebuah perkahwinan? Tidak.Misalnya seorang teruna saling mencintai seorang wanita dan sebaliknya tetapi keluarga sebelah perempuan tidak merestui cinta mereka, maka cinta mereka tidak sampai ke jinjang pelamin. Sang wanita memutuskan agar mereka berpisah sahaja.Adakah sang wanita tidak mencintai si teruna? Tidak.Kerana kecintaannya kepada si terunalah menyebabkannya membuat keputusan tidak mempersuami sang teruna..Ini kerana hatinya terlalu sayang dan cinta kepada si teruna. Dia tidak sanggup nanti insan yang bertahkta dihatinya dilukai oleh ibu bapanya.Apatah lagi dipulau oleh adik-adik lebih-lebih lagi abang-abangnya.

Sedikit sedutan lagu tentang cinta:
Rasa cinta pasti ada,
pada makluk yang bernyawa,
sejak dulu hingga kini,
..........la...la.la.

Cinta tidak semestinya bersatu, adakalanya cinta menuntut sebaliknya.wallahua'lam.

Wednesday, June 2, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan

Hari ini 3 Jun, genaplah 6 tahun tempoh perkahwinanku.Tak terasa pun lamanya.Masa begitu pantas berlalu.Anak sulungku Muhammad Fatih dah pun 5 tahun,Zulaikha-4 tahun dan Khadijah hampir 2 tahun.

3 jun 2005-umurku 25 tahun.Kini dah 31 tahun...terasa sperti baru semalam..Agaknya macam2 perkara yang berlaku menjadikan masa begitu singkat terasa.

Untuk diriku dan isteri tercinta, yang sanggup berusah payah bersama-selamat menyambut ulang perkahwinan.Masih terngiang-ngiang di telinga pesanan orang-orang tua di sekitarku...1.perkahwinan adalah perkongsian hidup 2.yang paling penting dalam perkahwinan ialah saling memahami.

Doaku semoga kebahagian bersama isteri dan anak2ku yang sedang membesar terus kekal ke akhir hayat.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-6.