Friday, April 16, 2010

12 TEKNIK ULANGKAJI BERKESAN

1.Tempat yang sesuai
buat ulangkaji di tempat yang kondusif iaitu selesa dan tidak terlalu panas atau sejuk.Ini termasuklah pencahayaan.Cahaya mestilah terang dan tidak malap atau terlalu menyilaukan mata.

2. kelengkapan cukup
pastikan kelengkapan dari segi alat tulis dan buku-buku yang diperlukan ada.

3. Duduk selesa
Jangan duduk menyandar atau berbaring.ia akan menyebabkan kita tertidur terus.seelok-eloknya pastikan postur badan tegak.

4. Baca Doa
Sebelum dan sesudah membuat ulangkaji mesti membaca nota.

5. Baca Nota
Mengulangkaji bermakna anda sudah membuat nota dan bukannya bercakap-cakap atau mendengar muzik.Ini kerana minda kita satu dan perlu fokus.Minda tidak boleh memebuat 2 kerja dengan efisyen dalam satu masa.
NOTA MESTI DIBACA BERULANGKALI UNTUK INGATAN JANGKA PANJANG DAN KEFAHAMAN YANG MENDALAM.


6.Fikir-fikir semula
Setelah habis menelaah hendaklah berfikir-fikir semula tentang topik yang telah diulangkaji.Gunakan Teknik Visualisasi iaitu membuat gambaran menggunakan minda.

7. Catat dan buat lakaran
catat nota ringkas dan buat lakaran gambarajah terutama bagi subek sains,biologi fizik dan kimia.dengan membuat gambar rajah membantu kita memahami sesuatu subjek dengan lebih mendalam dan cepat.

BELAJAR MENERIMA KEKALAHAN

zidane di ajak oleh anakya enzo untuk bermain bola bersama theo dan luca.dia menolak tapi kemudiannya menerima setelah enzo mengajaknya berulang kali.Setelah bermain masing-masing anaknya mempamerkan skill seperti ayahnya.Beberapa insiden berlaku antaranya kaki anaknya tercedera dan kumpulan enzo kalah dalam pertandingan tersebut.Enzo tidak dapat menerima kekalahan tersebut lalu 'diwrestling' oleh enzo bapanya.Namun yang menarik, ayahnya bertanya 'awak tidak boleh menerima kekalahan ka?'

Kesimpulan belajarlah menerima kekalahan kerana kekalahan akan mematangkan kita..

untuk lebih lanjut boleh lihat yotube dengan menaip 'Zidane play football with his son'.

KELEBIHAN ILMU BERBANDING HARTA

.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula
akan binasa.

.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

Monday, April 12, 2010

kembali setelah 2 tahun

Perjalanan ke terengganu melalui Grik-lebuh raya timur barat sangat mengujakan.Benar seperti pepatah org tua-tua sekali air bah sekali pasir berubah.Terengganu Negeri Cantik Budaya Menarik,telah banyak berubah.Jalan pantai menuju ke arah KT dari Besut dan Setiu(semapadan Kelantan) jalannya sama macam jalan dr Kuala Selangor ke Kapar.

Panorama pantai dan tebingan Pulau Duyung tentunya menggamit.Dahulunya 10 tahun tempat pelancongan yang terkenal hanyalah Muzium Losong.Kini kita boleh menatap pemandangan yang jauh berbeza.

Antara tarikan pelancong yang lain adalah pantainya yang menarik.Motel dan rumah penginapan pun sangat berpatutan..

Pergi ke seberang Takir-jangan lupa minum Air Buah Gelas Besar..nostalgia yang tidak dapat dilupakan. Ianya kerana diriku pernah bekerja di situ 2 bulan bergaji RM15 sehari semalam bermula 4 petang dan habis 2 3 pagi..

PLING TIDAK TERLEPAS PELUANG MELAWAT SEKOLAH LAMAKU SESMA.JAUH BERUBAH..yang masih ada Astaka tempat latihan MSSDKTU MAjlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara.Aku antara atlit muda yang menyertai latihan tersebut setiap pagi JUMAAT di bawah kendalian Cikgu Hamid..

SESMA ANTARA AKTIVITI YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN - PERANG MERCUN DGN TEKNIK MENJELANG RAYA..

Tuesday, February 23, 2010

Mimpi Terindah

Mimpi malam tadi amat indah.tetiba je seorang gadis berkereta buat korea parking depan porch rumah ku.Aku menyambut mesra tetamu itu,oh rupa2nya isteriku.Diringkaskan cerita entah apa mimpi isteriku membeli sepaket maggie..mimpi terindah..nak tau cerita ...RAHSIA..PSST

Wednesday, February 3, 2010

alkisahnya sebuah rumah

akhirnya dapat juga kunci umah..beberapa minor defect yg dah dibaiki:plug elektrik 3 bilik kecil,longkang retak..dan minor defect yg lain.Apa2 pun puas hati Compound yg luas,driveway pun ok..need to put awning...roughly 1 thosusand ++, belum pun tuannya pindah, bunga2 dan pokok kari telah pindah dulu..alahai..,hopefully by next week wiring dan grill dah pasang...logiknya by march dapat pindah.

Thursday, January 7, 2010

kehidupan

Entah kenapa hari ini semangat membara.Hujan yg lebat semalam adalah rahmat buat diriku.Semangat untuk mendidik anak bangsa berkobar2.Akan aku jadikan kelas itu yg terbaik di kalangan seangkatan mereka.Biar puas hati mendidik.Nampaknya mereka bersungguh2."Cikgu akan ajar awak sampai pandai.Sapa yang buat kerja yg cikgu buat dan dengar cakap cikgu dia akan berjaya.Sangat sayang akan kelas tersebut.Apakan daya esok jumaat 22 muharram merupakan hari terakhir mendidik mereka.Selalu jodoh tak panjang dgn budak2 itu..memang mereka ada harapan besar utk challenge "kelas bagus".Tak pa doakan saja.Kehidupan kan begitu...seperti roda kekadang di atas , kekadang di bawah..pasrah lah buat diriku...