Friday, May 7, 2010
REZEKI KAK ZULAIKHA
Ketika isteriku yg tercinta mengandungkan anak kedua, tawaran memasuki KPLI menjelma.Ia hadir pada tahun 2005. Menghadiri temuduga di PKG Sibu..Kami anak beranak(anak sulungku-Muhammmad Fatih) bermusafir ke sibu dgn menaiki kereta Atos QMH4707. Perjalanan dari miri ke sibu memakan masa 6 jam.Jalannya cantik namun bukan lebuhraya seperti di semenanjung.Kiri kanan adalah perkampungan iban iaitu rumah panjang.Berhenti menunaikan solat jamak qasar di Bintulu.Bandar tersusun dan bersih di sarawak.Mengisi minyak sebelum masuk ke sempadan bahagian sibu.Jalannya berbukit dan di kiri kanan jalan adalah hutan rimba.Sampai sahaja di sibu terus menginap di sebuah hotel zuhrah. Namun sebelum sampai ke bandar sibu terpaksa sesat 2 atau 3 kali.Ini kerana kita terkeliru dengan deretan bangunan dan jalan-jalan di sana yang hampir sama.Dalam bandar sibu terdapat beberapa buah perkampungan melayu sibu..Dengan anak-anak muda yang bersembang dan sedang melakukan aktiviti sukan serta aktiviti seharian pada waktu petang itu, aku bertanya itu ini, khusunya jalan menuju PKG Sibu dan Hotel Zuhrah (hasil cadangan Ustaz-jiranku di banglo mewah di jalan tanjong lobang, jalan bunga tanjong-terima kasih ustaz yang baik). Kami juga berjiran di Taman Bumiko, Miri.Ini kerana isteriku agak keseorangan ketika ku mengikuti KPLI.Akhirnya kami berpindah ke Taman Bumiko..Dari Tahun 2004-2005 aku mengajar di SMK Chung Hua Miri.Terima kasih Wana(kawan baik isteriku) atas pertolongan..Di Chung Hua aku mengajar PM F5( menjadi guru kelas 5F) & F4,sejarah F1,F2 dan F4..banyak pengalaman yang diperolehi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment