Tuesday, May 4, 2010
LADA HITAM/LADA PUTIH
lada hitam merupakan hasil utama pendapatan ayah dan ibuku dari 1990-2000.Untuk menanamnya mereka perlu menebas dan meneroka tanah dgn parang dan kapak.Lada hitam perlu mempunyai tiang untuk dahannya mencengkam.Tiangnya boleh daripada pelbagai pokok.Namun yang tahan lama adalah daripada pokok belian.tiang daripada pokok belian tahan lama sehingga memakan usia ratusan tahun.
setelah itu baru anak benih ditanam.hasilnya boleh dikutip 6 bulan kemudian..menjelang usia setahun hasilnya sudah banyak.Dalam setahun ada 2 kali menuai hasilnya..Saya turut serta memetik buah lada hitam..kami panggil lada sahaja.
Lada hitam adalah buah yang dipetik terus dijemur dan dijual.Ia boleh dijadikan lada putih.Ia hanya diubah dengan cara MENUKAR CARA PEMPROSESAN.
Lada putih dihasilkan dengan merendam buah lada hitam yang dipetik ke dalam air selama 1 minggu atau 1 minggu setengah. setelah itu ia dipijak untuk mengasingkan kulit dan tangkai dari bijinya..BIJI YANG TERHASIL adalah bewarna putih.Biji tadi dijemur sehingga kering dan jadilah LADA PUTIH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment