Sunday, May 30, 2010
BULUH MADU
Buluh ini baru sahaja berusia dua bulan.Harga anak benih sepokok rm15.Tapi aku dapat free.kini dah ada 3 btg pokok.Rebungnya mencanak-canak naik.Lalu aku beli sebatang besi 10 kaki untuk membentuk dahan yang kemas.
Tuesday, May 25, 2010
There is light at the end of tunnel
Setelah 10 jam menikmati pandangan yang kurang jelas dan kabur,akhirnya aku menikmati semula keindahan alam.Cermin mataku telah crack pada bingkainya (jenama watch).Berusia kira2 2 tahun pada pukul 7 malam semalam. Pada pkl 4.10 pergi ke City Spect untuk mengambil cermin mata baru.Alangkah kecewanya apabila pekedai itu baru sahaja hendak memulakan kerja-kerja memasang kanta pada bingkai dan etc..Kena tunggu sampai pkl 5 ptg baru siap sepanuhnya.Untuk catatanku bingkai warranty selama 1/2 tahun, cermin pula 1 tahun.Semalam cari bingkai je tak sedar makan masa 11/2 jam.Panas je 'kawan sebelah'.Tak sedar..pun dah mata tak ada,mcm mana nak tgk jam.
p/s-mula memakai cermin mata waktu tingkatan 2.
Sunday, May 23, 2010
Hadiah Teristimewa Buatku
Saturday, May 22, 2010
Japanese Roses
Ini adalah hasil pertanian yang terdapat di sekitar rumah.Teringat ketika di UPM dulu-dulu terdapat rancangan strategik 2001-2010.Dalam rancangan strategik tersebut dimasukkan satu elemen tentang memperkasa pertanian..kami merasa hairan knp pertanian menjadi agenda utama Universiti Berkelas Dunia itu.Menurut NC ketika itu Pertanian mempunyai nilai tambah yang tinggi.Visi NC tersebut sangat futuristik.UPM menjadi sangat pesat pembangunannya.
Family Now 5
Tanggal 10 Julai 2008, keluargaku bertamabh menjadi 5 orang.Dengan kelahiran anak ketiga-khadijah.Ini lah kali pertama aku mengambil cuti rehat 7 hari..tak cukup.Pada waktu yang sama isteriku diluluskan untuk bertukar tempat kerja dari kepulauan
borneo ke tanah melayu(nama lama).Aku sangat letih dengan banyak kerja yang perlu dibuat.Urusan packing barang2 dan shipping dengan majikan isteriku.Jenuh juga dibuatnya..Dengan izin Allah semuanya berjalan lancar..
Friday, May 14, 2010
WANG BESAR..WANG BESAR
Hadiah World Cup keseluruhan berjumlah AS$420 juta.
Sebelum kejohanan sahaja 32 pasukan yang menyertai World Cup akan diberi AS$1 juta.
Semasa kejohanan AS$8 juta akan diagihkan kepada pasukan yang berada diperingkat kumpulan.
Wang selebihnya akan diagihkan seperti berikut:
AS$9 juta - pusingan ke -16
AS$18 juta - suku akhir
AS$20 juta - separuh akhir
As$24 juta -Naib juara
AS$30 juta - Juara
Lumayan Gilak(kelakar s'wak)
sumber-majalah piala dunia
Sebelum kejohanan sahaja 32 pasukan yang menyertai World Cup akan diberi AS$1 juta.
Semasa kejohanan AS$8 juta akan diagihkan kepada pasukan yang berada diperingkat kumpulan.
Wang selebihnya akan diagihkan seperti berikut:
AS$9 juta - pusingan ke -16
AS$18 juta - suku akhir
AS$20 juta - separuh akhir
As$24 juta -Naib juara
AS$30 juta - Juara
Lumayan Gilak(kelakar s'wak)
sumber-majalah piala dunia
Sunday, May 9, 2010
IMPIANKU
Friday, May 7, 2010
BADMINTON
Badminton adalah satu permainan yang paling diminati selain bola sepak dan tenis.Untuk Badminton aku sanggup berada di kaca tv berjam-jam.Dahulu pemain kegemaranku adalah Rashid Sidek.Kini siapa lagi kalau bukan Lee Chong Wei.Permainan Badminton sangat menarik.Ia mempamerkan skills dan kebolehan yang tinggi.Selain punya stamina,seseorang pemain juga perlu punyai ketahanan mental berhadapan penyokong lawan.
Seorang pemain Badminton yang hebat dari Indonesia yang masih terbayang dalam ingatan ialah Heryanto Arbi.Dia punya daya serangan yang padu dan jitu.Bayangkan servis ke baseline terus dimatikannya bulu tangkis itu dengan jumping smash..
Selamat menyaksikan Kejohanan Piala Thomas dan Uber.
Seorang pemain Badminton yang hebat dari Indonesia yang masih terbayang dalam ingatan ialah Heryanto Arbi.Dia punya daya serangan yang padu dan jitu.Bayangkan servis ke baseline terus dimatikannya bulu tangkis itu dengan jumping smash..
Selamat menyaksikan Kejohanan Piala Thomas dan Uber.
REZEKI KAK ZULAIKHA
Ketika isteriku yg tercinta mengandungkan anak kedua, tawaran memasuki KPLI menjelma.Ia hadir pada tahun 2005. Menghadiri temuduga di PKG Sibu..Kami anak beranak(anak sulungku-Muhammmad Fatih) bermusafir ke sibu dgn menaiki kereta Atos QMH4707. Perjalanan dari miri ke sibu memakan masa 6 jam.Jalannya cantik namun bukan lebuhraya seperti di semenanjung.Kiri kanan adalah perkampungan iban iaitu rumah panjang.Berhenti menunaikan solat jamak qasar di Bintulu.Bandar tersusun dan bersih di sarawak.Mengisi minyak sebelum masuk ke sempadan bahagian sibu.Jalannya berbukit dan di kiri kanan jalan adalah hutan rimba.Sampai sahaja di sibu terus menginap di sebuah hotel zuhrah. Namun sebelum sampai ke bandar sibu terpaksa sesat 2 atau 3 kali.Ini kerana kita terkeliru dengan deretan bangunan dan jalan-jalan di sana yang hampir sama.Dalam bandar sibu terdapat beberapa buah perkampungan melayu sibu..Dengan anak-anak muda yang bersembang dan sedang melakukan aktiviti sukan serta aktiviti seharian pada waktu petang itu, aku bertanya itu ini, khusunya jalan menuju PKG Sibu dan Hotel Zuhrah (hasil cadangan Ustaz-jiranku di banglo mewah di jalan tanjong lobang, jalan bunga tanjong-terima kasih ustaz yang baik). Kami juga berjiran di Taman Bumiko, Miri.Ini kerana isteriku agak keseorangan ketika ku mengikuti KPLI.Akhirnya kami berpindah ke Taman Bumiko..Dari Tahun 2004-2005 aku mengajar di SMK Chung Hua Miri.Terima kasih Wana(kawan baik isteriku) atas pertolongan..Di Chung Hua aku mengajar PM F5( menjadi guru kelas 5F) & F4,sejarah F1,F2 dan F4..banyak pengalaman yang diperolehi.
Tuesday, May 4, 2010
LADA HITAM/LADA PUTIH
lada hitam merupakan hasil utama pendapatan ayah dan ibuku dari 1990-2000.Untuk menanamnya mereka perlu menebas dan meneroka tanah dgn parang dan kapak.Lada hitam perlu mempunyai tiang untuk dahannya mencengkam.Tiangnya boleh daripada pelbagai pokok.Namun yang tahan lama adalah daripada pokok belian.tiang daripada pokok belian tahan lama sehingga memakan usia ratusan tahun.
setelah itu baru anak benih ditanam.hasilnya boleh dikutip 6 bulan kemudian..menjelang usia setahun hasilnya sudah banyak.Dalam setahun ada 2 kali menuai hasilnya..Saya turut serta memetik buah lada hitam..kami panggil lada sahaja.
Lada hitam adalah buah yang dipetik terus dijemur dan dijual.Ia boleh dijadikan lada putih.Ia hanya diubah dengan cara MENUKAR CARA PEMPROSESAN.
Lada putih dihasilkan dengan merendam buah lada hitam yang dipetik ke dalam air selama 1 minggu atau 1 minggu setengah. setelah itu ia dipijak untuk mengasingkan kulit dan tangkai dari bijinya..BIJI YANG TERHASIL adalah bewarna putih.Biji tadi dijemur sehingga kering dan jadilah LADA PUTIH.
Sajak
Dedikasi buat guru-guruku dan para pendidik seluruhnya
Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
atau di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG, 1979.
Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
atau di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG, 1979.
Subscribe to:
Posts (Atom)