Kakak dan Adik menyertai lawatan ke Kids'zania.Sukanya tak terkira.
Friday, March 23, 2012
Monday, January 2, 2012
Petua menguatkan ingatan kanak-kanak
supaya mudah mengingat bahan belajar kanak-kanak digalakan berwarna hitam, putih atau pun merah.Ini ilmu baru yang aku dapat drp perjumpaan dengan cikgu yang mengajar tadika anak-anak ku.agaknya sbb itulah cerita p ramlee menjadi sebutan ramai dan mudah diingati oleh kebanyakan penggemar filem melayu termasuk mat salleh.
Tuesday, December 20, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Sekalung Tahniah Buat Harimau Muda
Berbekalkan kekuatan mental pemain muda Malaysia mampu menewaskan pasukan Indonesia.Sekalung tahniah diucapkan.Bukan hanya bermain dengan tenang dan mampu mengawal permainan malah mereka mampu menyerap tekanan daripada lebih seratus ribu penyokong fanatik pasukan Garuda Muda.Kepada ketua Pasukan Malaysia,saudara Badrol Bakhtiar,semoga anda terus cemerlang dan meningkatkan prestasi tahunan.Permainan bertambah menarik kerana Pengadil FIFA yang adil dan terus serta tidak terpengaruh dengan suasana.
Monday, November 21, 2011
Buku Renato Constantino-Pilihan Nasionalis diterjemahkan oleh Jomo K S
Menarik buku ini-membicarakan ekonomi Filiphina secara khusus dan dunia amnya.Lama sudah aku membeli buku ini agaknya ketika masih menuntut lagi.Pembicaraan penulis begitu kritis dengan angka-angka dan fakta serta kesan ekonomi global terhadap Filiphina.Semoga dengan menghabiskan buku ini aku akan lebih mengerti tentang ekonomi secara umum.Insyaallah.
Sunday, November 20, 2011
Hamka-Sehebat Namanya
Dipetik dari HAMKA kenang-kenangan hidup(Pustaka Antara-1982)
Dia hendak ke Mekah(dari Indonesia), dia hendak pulang kelak dengan memakai serban.Niat ayahnya yang dilapalkan tatkala dia dilahirkan "sepuluh tahun", yang ayahnya sendiri tidak dapat dipenuhi : dia sendiri hendak memenuhi. Dia hendak membuktikan kepada orang sekampungnya, bahawa tidaklah dia begitu rendah sebagai yang mereka sangkakan .Setelah cukup hanya sekadar pembeli tiket pergi pulang dan telah ada dalam tangan, barulah dia mengirimkan kawat dengan perantaraan orang lain memberitahu ayahnya di kampung bahawa dia belayar menuju Tanah Suci.Pada permulaan Februari 1927 pemuda kita(Hamka) meninggalkan pelabuhan Belawan, menuju Jeddah menumpang kapal "Karimata" kepunyaan "Stoomavaart Maatschappij Nederland."Sedang di atas kapal itulah lepas dari laut Ceylon menjelang laut Socotra, genap usia 19 tahun (16 Februari)

Sunday, November 13, 2011
Kenangan Lama
Ni la lirik lagu sekolahku 14 tahun dulu.
LAGU SEKOLAH (Sekolah Sains Sultan Mahmud, Terengganu)
Teguh berdiri jaya,
Sekolah Sultan Mahmud,
Menjadi kebanggaan
Putra putri semua,
SESMA lambang sejati,
Harum segenap negeri,
Sains teknologi
Asas SESMA berbakti
Disiplin kualiti dan dedikasi,
Menjadi panduan semasa kami di sini,
Bangkitlah putera puteri
Harumkan nama SESMA
Wujud semangat waja
Bela bangsa negara
(Ulang rangkap 2 & 3)

Subscribe to:
Posts (Atom)