Sunday, November 20, 2011

Hamka-Sehebat Namanya

Dipetik dari HAMKA kenang-kenangan hidup(Pustaka Antara-1982)

Dia hendak ke Mekah(dari Indonesia), dia hendak pulang kelak dengan memakai serban.Niat ayahnya yang dilapalkan tatkala dia dilahirkan "sepuluh tahun", yang ayahnya sendiri tidak dapat dipenuhi : dia sendiri hendak memenuhi. Dia hendak membuktikan kepada orang sekampungnya, bahawa tidaklah dia begitu rendah sebagai yang mereka sangkakan .Setelah cukup hanya sekadar pembeli tiket pergi pulang dan telah ada dalam tangan, barulah dia mengirimkan kawat dengan perantaraan orang lain memberitahu ayahnya di kampung bahawa dia belayar menuju Tanah Suci.Pada permulaan Februari 1927 pemuda kita(Hamka) meninggalkan pelabuhan Belawan, menuju Jeddah menumpang kapal "Karimata" kepunyaan "Stoomavaart Maatschappij Nederland."Sedang di atas kapal itulah lepas dari laut Ceylon menjelang laut Socotra, genap usia 19 tahun (16 Februari)

No comments: