sendiri.saat yang paling sesuai untuk membuat introjeksi.terlalu banyak yang perlu dibuat untuk diri.cuti yang paling sibuk sebenarnya.dengan kursus dan agenda2 lain.yang paling setia bersama kita belum tentu orang kita sayangi atau harta yang kita ada, bersabda nabi saat anak adam meninggalkan alam fana ada 3 perkara yang akan mengiringi kita iaitu keluarga, harta dan amal, 2 (harta dan keluarga) akan balik semula yang bersama kita ialah amal-amal kita.
Kala sendiri, Allah yang paling kita rasai kehadirannya.Susah atau senang Allah sentiasa bersama kita.KEKASIH-akan bersama kita ketika berada, bak kata HAMKA "Jika kemiskinan datang melalui pintu, kekasih akan keluar melalui tingkap"-(kata-kata ini pernah dibentangkan olehku ketika praktikal pengucapan awam di UPM dalam tahun 2003 yang bertajuk KEMISKINAN.
Friday, December 3, 2010
Saturday, November 27, 2010
demam pulak
hari ni aku demam lagi.hidung berair dan mata berpinar.agaknya disebabkan perubahan cuaca.cuaca di tempat berkursus hulu selangor(ampang pecah-bertentangan dengan darul quran) sejuk dan segar.di klang cuacanya agak panas.
Saturday, November 6, 2010
Lama Tak Bersukan
Lama tak bersukan.Alhamdulillah minggu lepas dapat melepaskan geram bermain bola bersama Jais Hulu selangor-friendly bola.Jauh tempatnya Kuala Kubu Baru.Aku main first half jer.Peluh yang keluar terkena mata, pedih mataku.Lama tak bersukan.Perlawanannya enjoy.
Tuesday, November 2, 2010
boling
tahun ni main boling sempena perpisahan dgn gpk.permainan tak menjadi.dapat la anugerah juara longkang.
ni tak boleh jadi.kena practice dengan gigih untuk tournament tahun depan.kena rebut hadiah lumayan.
ni tak boleh jadi.kena practice dengan gigih untuk tournament tahun depan.kena rebut hadiah lumayan.
Thursday, July 15, 2010
HARI LAHIR KE-31(15 JULAI 2010)
15 JULAI 2010 genaplah umurku ke-31 tahun.Macam masih muda tapi dah sampai 31 tahun ni dah tak maintain saiz badan.Nak menulis panjang2 pun tak da masa.Bak kata kawan2 masa honeymoon dah berakhir.Dengan bertambah umur bertambah keberkatan dan rezeki.Semoga Allah mengampuniku dan memberikan ku hidayah sehingga ke akhir hayat..
Celebrates hari jadi dengan sebiji kek buatan isteriku..tq isteriku.
Celebrates hari jadi dengan sebiji kek buatan isteriku..tq isteriku.
Thursday, July 8, 2010
SELAMAT HARI LAHIR KE-2 UNTUK ANAK BONGSUKU KHADIJAH
Selamat Hari Lahir untuk KHADIJAH.Dalam sibuk2 alhamdulillah..ari ni dapat jugak membuat wish untuk anak kecik ku dalam blog ini..
Tuesday, June 29, 2010
Pembangunan Komuniti
Pembangunan komuniti merupakan satu subjek final year yang wajib diambil.Yang ambik subjek tu cuma 6 orang termasuk aku..2 daripadanya adalah sahabat baik ku(nota-nota yang tertinggal diambik daripadanya). Walaupun 6 orang tapi pensyarahku begitu bersemangat menyampaikan kuliah.Langsung aku tak pernah ponteng menghadiri kuliah walau bagaimana malas sekalipun..Mana muka nak sorok.. pasti aku akan menanggung malu nanti.
Antara kandungan pembangunan subjek ini adalah EMPOWERMENT.Sesuatu komuniti itu perlu didayaupayakan untuk terus maju.Dalam konteks ini perancangan yang berkesan adalah bottom-up.Di mana komuniti itu sendiri yang merancang dan mengutarakannya kepada pihak berwajib.
Antara projek yang dapat dilihat adalah GDW-Gerakan Desa Wawasan.Mottonya ada 3M-Maju,Menarik dan menguntungkan..1 kampung satu projek industri desa.
Subjek ini turut membicarakan tentang Persatuan Pinggan Mangkuk.Satu contoh persatuan yang sangat berjaya yang pernah aku tahu mempunyai aset berjumlah RM60 ribu dan usia persatuan itu menurut mak cik-2 yang tidak lokek bercerita mencecah 30 tahun..sudah pun menyambut jubli perak.Ahli2nya mengadakan kenduri kahwin dengan menggunakan segala kemudahan yang ada termasuk khemah,pingan mangkuk,tempat masak,set buffet meja, alas meja dan sebagainya secara percuma.Tuan rumah yang mengadakan kenduri akan mendapat bantuan duit tunai daripada persatuan.Ahli2 akan diagihkan membantu tempat2 tertentu seperti tempat membasuh pinggan,masak, menghidangkan, mengangkat pinggan untuk dibasuh.Siap dengan syif bekerja lagi.HEBAT.
Dilembah klang satu khemah 20x20 biasa(bukan jenis arabian)sewaan mencecah RM120 (2008)
Sekadar catatan untuk ingatanku..kerana setiap kali ada kenduri aku teringat isi kandungan subjek PEMBANGUNAN KOMUNITI yang pernah di ajar oleh pensyarahku itu
Benar seperti sajak Usman Awang.."seribu tahun katanya menjadi hikmat".

Subscribe to:
Posts (Atom)