(ENDOWMENT)
HARTA WAKAF DI DAMSYIK DAN KELEBIHAN SERTA ADAT RESAM PENDUDUKNYA
Terdapat terlalu banyak jenis
wakaf dikota Damsyik dan hasil pendapatan harta-harta wakaf ini dibelanjakan
untuk pelbabagai jenis kebajikan. Antara harta wakaf tersebut ialah untuk
orang yang tidak berupaya menunaikan haji.Wang yang secukupnya daripada wakaf
ini akan dibayar kepada orang yang akan menunaikan haji bagi pihak orang yang
tidak berupaya itu. Terdapat juga wakaf yang diperuntukkan bagi menampung
perbelanjaan mengadakan persiapan perkahwinan seperti pakaian, perhiasan dan
sebagainya bagi gadis-gadis yang keluarganya tidak berkemampuan. Begitu juga
wakaf khas bagi belanja membebaskan orang tawanan disamping untuk musafir.
Mereka mendapat perbelanjaan untuk makan dan minum, pakaian serta bekalan
hingga mereka sampai di negeri masing-masing daripada harta wakaf ini.
Disamping itu juga wakaf yang dikhususkan untuk membaiki selain memasang batu
ubin pada jalan-jalan serta lorong-lorong kota Damsyik yang mempunyai kaki lima
(rasif) di kedua-dua bahu jalannya dan digunakan oleh pejalan kaki, manakala
penunggang kuda pula menggunakan jalan di antara dua buah kaki lima tersebut.
Selain itu terdapat juga wakaf untuk tujuan kabajikan lain.-Pengembaraan ibn
batutah m/s 118.
No comments:
Post a Comment