Friday, June 15, 2012

Berkatnya Wakaf

Baru sahaja aku menulis berkenaan wakaf lewat blog ini.Minggu ini aku sempat bersama teman -teman mengadakan kem motivasi bersama rakan-rakan di sebuah tempat yang diberi nama At-Taqwa.Tempatnya merupakan wakaf seorang hamba Allah.Yang sangat menarik tempat itu dilengkapi asrama yang mampu menampung peserta seramai 105 orang peserta bersama lebih kurang 30 urusetia dalam satu-satu masa.Asramanya dilengkapi katil serta berhawa dingin.Di sebelah surau terdapat sebuah perpustakaan wakaf.Di sana terdapat kitab-kitab besar termasuk terjemahan Al-Muwatta karangan Imam Malik bin Anas sebayak dua jilid.Ia merupakan kitab feqah dan hadis.Kitab ini merupakan sebuah karangan Imam Malik selama 40 tahun..

Friday, June 1, 2012

Wakaf Memperkasa Ekonomi Ummah


(ENDOWMENT)
HARTA WAKAF DI DAMSYIK DAN KELEBIHAN SERTA ADAT RESAM PENDUDUKNYA
Terdapat terlalu banyak jenis wakaf dikota Damsyik dan hasil pendapatan harta-harta wakaf ini dibelanjakan untuk pelbabagai jenis kebajikan. Antara harta wakaf tersebut ialah untuk orang yang tidak berupaya menunaikan haji.Wang yang secukupnya daripada wakaf ini akan dibayar kepada orang yang akan menunaikan haji bagi pihak orang yang tidak berupaya itu. Terdapat juga wakaf yang diperuntukkan bagi menampung perbelanjaan mengadakan persiapan perkahwinan seperti pakaian, perhiasan dan sebagainya bagi gadis-gadis yang keluarganya tidak berkemampuan. Begitu juga wakaf khas bagi belanja membebaskan orang tawanan disamping untuk musafir. Mereka mendapat perbelanjaan untuk makan dan minum, pakaian serta bekalan hingga mereka sampai di negeri masing-masing daripada harta wakaf ini. Disamping itu juga wakaf yang dikhususkan untuk membaiki selain memasang batu ubin pada jalan-jalan serta lorong-lorong kota Damsyik yang mempunyai kaki lima (rasif) di kedua-dua bahu jalannya dan digunakan oleh pejalan kaki, manakala penunggang kuda pula menggunakan jalan di antara dua buah kaki lima tersebut. Selain itu terdapat juga wakaf untuk tujuan kabajikan lain.-Pengembaraan ibn batutah m/s 118.