Tuesday, November 22, 2011
Sekalung Tahniah Buat Harimau Muda
Berbekalkan kekuatan mental pemain muda Malaysia mampu menewaskan pasukan Indonesia.Sekalung tahniah diucapkan.Bukan hanya bermain dengan tenang dan mampu mengawal permainan malah mereka mampu menyerap tekanan daripada lebih seratus ribu penyokong fanatik pasukan Garuda Muda.Kepada ketua Pasukan Malaysia,saudara Badrol Bakhtiar,semoga anda terus cemerlang dan meningkatkan prestasi tahunan.Permainan bertambah menarik kerana Pengadil FIFA yang adil dan terus serta tidak terpengaruh dengan suasana.
Monday, November 21, 2011
Buku Renato Constantino-Pilihan Nasionalis diterjemahkan oleh Jomo K S
Menarik buku ini-membicarakan ekonomi Filiphina secara khusus dan dunia amnya.Lama sudah aku membeli buku ini agaknya ketika masih menuntut lagi.Pembicaraan penulis begitu kritis dengan angka-angka dan fakta serta kesan ekonomi global terhadap Filiphina.Semoga dengan menghabiskan buku ini aku akan lebih mengerti tentang ekonomi secara umum.Insyaallah.
Sunday, November 20, 2011
Hamka-Sehebat Namanya
Dipetik dari HAMKA kenang-kenangan hidup(Pustaka Antara-1982)
Dia hendak ke Mekah(dari Indonesia), dia hendak pulang kelak dengan memakai serban.Niat ayahnya yang dilapalkan tatkala dia dilahirkan "sepuluh tahun", yang ayahnya sendiri tidak dapat dipenuhi : dia sendiri hendak memenuhi. Dia hendak membuktikan kepada orang sekampungnya, bahawa tidaklah dia begitu rendah sebagai yang mereka sangkakan .Setelah cukup hanya sekadar pembeli tiket pergi pulang dan telah ada dalam tangan, barulah dia mengirimkan kawat dengan perantaraan orang lain memberitahu ayahnya di kampung bahawa dia belayar menuju Tanah Suci.Pada permulaan Februari 1927 pemuda kita(Hamka) meninggalkan pelabuhan Belawan, menuju Jeddah menumpang kapal "Karimata" kepunyaan "Stoomavaart Maatschappij Nederland."Sedang di atas kapal itulah lepas dari laut Ceylon menjelang laut Socotra, genap usia 19 tahun (16 Februari)

Sunday, November 13, 2011
Kenangan Lama
Ni la lirik lagu sekolahku 14 tahun dulu.
LAGU SEKOLAH (Sekolah Sains Sultan Mahmud, Terengganu)
Teguh berdiri jaya,
Sekolah Sultan Mahmud,
Menjadi kebanggaan
Putra putri semua,
SESMA lambang sejati,
Harum segenap negeri,
Sains teknologi
Asas SESMA berbakti
Disiplin kualiti dan dedikasi,
Menjadi panduan semasa kami di sini,
Bangkitlah putera puteri
Harumkan nama SESMA
Wujud semangat waja
Bela bangsa negara
(Ulang rangkap 2 & 3)

Thursday, November 3, 2011
Hi Tea di Palace of Golden Horses
Robot cop dan jepun
Jepun adalah sebuah negara Asia yang paling maju dari segi ekonomi dan teknologi.Namun selepas dilanda tsunami negara matahari terbit itu hampir lumpuh.berpuluh-puluh ribu rakyatnya terkorban.kapal-kapal berskala besar tersadai di atas daratan.gelombang yang melanda 10 meter tinggi.reaktor nuklear bocor dan mengeluarkan radiasi yang berbahaya kepada kesihatan dan nyawa manusia, tumbuhan mahupun binatang.pakar mengandaikan seluruh ekonomi dan kemudahan yang musnah dilanda tsunami dijangka dapat dipulihkan dalam jangka berpuluh-puluh tahun.Namun jepun mempunyai robot cop iaitu rakyatnya yang berjiwa kental dan kuat bekerja.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
selamat menyambut hari raya aidiladha kepada isteri dan anak-anak ku.serta kepada semua insan yang banyak berkorban kepadaku.minta ampun dan maaf atas segala tutur bahasa dan peel yang menyinggung hati dan perasaan kalian.SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
Tuesday, November 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)