Tuesday, November 22, 2011

Sekalung Tahniah Buat Harimau Muda

Berbekalkan kekuatan mental pemain muda Malaysia mampu menewaskan pasukan Indonesia.Sekalung tahniah diucapkan.Bukan hanya bermain dengan tenang dan mampu mengawal permainan malah mereka mampu menyerap tekanan daripada lebih seratus ribu penyokong fanatik pasukan Garuda Muda.Kepada ketua Pasukan Malaysia,saudara Badrol Bakhtiar,semoga anda terus cemerlang dan meningkatkan prestasi tahunan.Permainan bertambah menarik kerana Pengadil FIFA yang adil dan terus serta tidak terpengaruh dengan suasana.

Monday, November 21, 2011

Buku Renato Constantino-Pilihan Nasionalis diterjemahkan oleh Jomo K S

Menarik buku ini-membicarakan ekonomi Filiphina secara khusus dan dunia amnya.Lama sudah aku membeli buku ini agaknya ketika masih menuntut lagi.Pembicaraan penulis begitu kritis dengan angka-angka dan fakta serta kesan ekonomi global terhadap Filiphina.Semoga dengan menghabiskan buku ini aku akan lebih mengerti tentang ekonomi secara umum.Insyaallah.

Sunday, November 20, 2011

Hamka-Sehebat Namanya

Dipetik dari HAMKA kenang-kenangan hidup(Pustaka Antara-1982)

Dia hendak ke Mekah(dari Indonesia), dia hendak pulang kelak dengan memakai serban.Niat ayahnya yang dilapalkan tatkala dia dilahirkan "sepuluh tahun", yang ayahnya sendiri tidak dapat dipenuhi : dia sendiri hendak memenuhi. Dia hendak membuktikan kepada orang sekampungnya, bahawa tidaklah dia begitu rendah sebagai yang mereka sangkakan .Setelah cukup hanya sekadar pembeli tiket pergi pulang dan telah ada dalam tangan, barulah dia mengirimkan kawat dengan perantaraan orang lain memberitahu ayahnya di kampung bahawa dia belayar menuju Tanah Suci.Pada permulaan Februari 1927 pemuda kita(Hamka) meninggalkan pelabuhan Belawan, menuju Jeddah menumpang kapal "Karimata" kepunyaan "Stoomavaart Maatschappij Nederland."Sedang di atas kapal itulah lepas dari laut Ceylon menjelang laut Socotra, genap usia 19 tahun (16 Februari)

Sunday, November 13, 2011

Kenangan Lama

Ni la lirik lagu sekolahku 14 tahun dulu.

LAGU SEKOLAH (Sekolah Sains Sultan Mahmud, Terengganu)

Teguh berdiri jaya,
Sekolah Sultan Mahmud,
Menjadi kebanggaan
Putra putri semua,
SESMA lambang sejati,
Harum segenap negeri,
Sains teknologi
Asas SESMA berbakti

Disiplin kualiti dan dedikasi,
Menjadi panduan semasa kami di sini,

Bangkitlah putera puteri
Harumkan nama SESMA
Wujud semangat waja
Bela bangsa negara

(Ulang rangkap 2 & 3)

Thursday, November 3, 2011

Hi Tea di Palace of Golden Horses


Jamuan bersama rakan sejawat di palace of golden horses ni diadakan sempena perlawanan akhir piala thomas.ketika itu sempat melihat beberapa pemain dan jurulatih china dan indonesia.

Robot cop dan jepun


Jepun adalah sebuah negara Asia yang paling maju dari segi ekonomi dan teknologi.Namun selepas dilanda tsunami negara matahari terbit itu hampir lumpuh.berpuluh-puluh ribu rakyatnya terkorban.kapal-kapal berskala besar tersadai di atas daratan.gelombang yang melanda 10 meter tinggi.reaktor nuklear bocor dan mengeluarkan radiasi yang berbahaya kepada kesihatan dan nyawa manusia, tumbuhan mahupun binatang.pakar mengandaikan seluruh ekonomi dan kemudahan yang musnah dilanda tsunami dijangka dapat dipulihkan dalam jangka berpuluh-puluh tahun.Namun jepun mempunyai robot cop iaitu rakyatnya yang berjiwa kental dan kuat bekerja.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

selamat menyambut hari raya aidiladha kepada isteri dan anak-anak ku.serta kepada semua insan yang banyak berkorban kepadaku.minta ampun dan maaf atas segala tutur bahasa dan peel yang menyinggung hati dan perasaan kalian.SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Saturday, October 29, 2011

kakak mengaji

kakak dan adik mengaji dengan mama.

Konsert akak ....

Hari ini adalah hari konsert untuk kakak zulaikha di tadika genius aulad bandar botanik.ramai parent yang hadir.akhirnya ayah dan mama dapat menyaksikan kakak membuat persembahan.

Sunday, October 2, 2011

Hudud-Hukuman untuk orang yang sangat jahat

Hukum hudud adalah hukuman yang termaktub dalam al-quran.Ia adalah hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah yang sangat jahat.Tidak ada sebab orang yang baik dan tidak melakukan jenayah takut akan hukuman ini.Prinsipnya adalah untuk menjaga 5 perkara yang sangat penting iaitu 1.Agama; 2.Nyawa ;3. Maruah ;4. Akhlak dan 5; Harta benda.

Friday, August 26, 2011

al-anbiya ayat 69

Kami berfirman:"Hai api menjadi dinginlah dan menjadi keselamatanlah bagi ibrahim"

Saturday, July 16, 2011

lama tak menulis

Memang lama blog kesayanganku tak di update.selepas perkahwinan diraja yang gilang gemilang.yang mendapat liputan meluas khusunya di britain.

Bulan julai-bulan yang terlalu sibuk.bulan depan adalah bulan ramadhan.hari ini 16 sha'ban 1342. Segala urusan selalunya diselesaikan sebelum menjelang ramadahan untuk fokus menyambut ramadhan.ramadhan tahun ini merupakan ramadhan ke-17 bagiku.

Dua hari lalu, iaitu 15 Julai 2011-merupakan hari lahirku yang ke -32.Ada anak muridku bertanya"Cikgu tak gembira ka menyambut birthday"-kataku gembira juga.sedih tu sedih juga,dengan bertambahnya usia bermakna semakin berkurang usia YANG TINGGAL.

Tahniah untuk ISTERIKU-Teruskan berkhidmat mendidik anak bangsa dengan IKHLAS.

Saturday, April 30, 2011

Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

Perkahwian yang penuh tardisi diraja telah selamat dilangsungkan.Ia mendapat liputan meluas memandangkan Prince William merupakan bakal pewaris tahta kedua.

Thursday, April 7, 2011

Abg Muhamammad Fatih dan Zulaikha Menyertai Lawatan Genius Aulad

6 April 2011, dua-dua anak ku menyertai lawatan ke Putrajaya.Excitednya tak terkira.

Sunday, February 20, 2011

Nostalgia konvo 2004


Terima kasih kepada pesyarah-pensyarahku di FEM UPM.Kebaikan kalian masih segar dalam ingatanku.Gambar ini juga dedikasi kepada keluarga angkat ku di Temerloh dan Terengganu.Kepada Guru-guruku di sesma dan rakan-rakan di sesma terutama Fairuz.Thanks a lot.

Di strawbery park bersama abg fatih


Ni lawatan sulungku ke strawbery park di sabah (hala ke ranau. Setelah bermalam di kaki gunung kinabalu

Wednesday, February 9, 2011

ABANG FATIH DI MIRI


Ni tempat yang paling best untuk makan laksa sarawak dan mee kolok

Saturday, February 5, 2011

permulaan yang mengembirakan..akhirnya hampir mengecewakan

Hampir aku terasa lega melihat 4 jaringan awal daripada pemain-pemain arsenal.Detik gembira bertukar kecewa setelah abu diaby di buang padang. Newcastle utd akhirnya mampu menyamakan kedudukan 4 sama.Kehilangan Andy Carol seolah-olah kurang memberi impak kepada pasukan.Sedikit rasa lega apabila MU terpaksa tunduk dengan kenakalan WOLVES.

Perpindahan pemain di Liga Perdana Inggeris januari ini menyaksikan Tores memecah rekod perpindahan dengan nilai 50 juta pound.Mengikut Benitez nilai Tores adalah 70 juta pound.

p/s 2 jaringan Newcastle Utd adalah diperoleh melalui sepakan penalti.Arsenal pernah kalah 1-0 kepada Newcastle Utd pada 2010.

Friday, February 4, 2011

lawatan sambil belajar





Ni adalah lawatan sambil belajar ku bersama teman-teman ke seksyen 9 shah alam akhir 2010. sempat juga aku mengambil gambar masjid negeri dari puncak bukit seksyen 9 itu.

singgah sebentar di masjid terapung kuala terengganu



Dalam perjalanan pulang dari Terengganu sempat juga aku singgah di masjid terapung.Sempat posing dengan anak-anak depan masjid yang tersergam indah itu.Selepas itu terus meluncur semula ke pasar payang, sebuah pasar tersohor di kuala terengganu untuk mencari beras nasi dagang kerana isteriku terlupa. Setelah itu kami sekeluarga membeli keropok lekor yang telah di goreng.Kami membeli dalam rm30.Bekalan itu hanya untuk dimakan sepanjang perjalanan menuju ke klang.

Saturday, January 22, 2011

abg fatih dan kakak zulaikha bersama hadiah



Al-kisahnya kata si anak "abg dapat 100% dalam periksa".Si ayah dah berbunga riang.Semak punya semak rupanya si anak cuma gempak jer.Akhir tahun tengaok la laporan anak.Yang sulung dapat hadiah ketiga, kakak pun dapat tempat ketiga.Dapat la hadiah alat-alat tulis.

Friday, January 21, 2011

JALAN JALAN KUALA PERLIS





Jalan-jalan kat kuala perlis pun best jugak.Sekali sekali pekena ikan bakar.Mencari mentarang kegemaran isteriku.Nak cr ikan segar boleh lajak terus ke kuala sungai baru.Di perlis paling best bihun sup bang dan singpang empat.setiap kali berkunjung ke perlis agenda pekena bihun sup ni jarang dilupakan.minum air kelapa kat kangar sambil pekena rojak kadang2 best jugak.

Wednesday, January 19, 2011

sesma 2010


Akhirnya aku sempat juga berposing depan sekolah lamaku di SESMA sewaktu kunjunganku ke terengganu akhir tahun 2010.Tu pun setelah mempunyai 3 orang cahaya mata.Aku mendaftar diri di sesma akhir 1992.Ketika itu dihantar dengan van Yayasan sarawak.Untuk 2 minggu pertama aku ada jugak mengalami homesick.Agaknya dek perubahan cuaca angin pantai timur.Perjumpaan pertama dengan pengetua Cikgu Samsuddin kuingat sampai ke hari ini.Katanya mesti habis belajar di sini sampai tingkatan lima.