Tuesday, February 23, 2010

Mimpi Terindah

Mimpi malam tadi amat indah.tetiba je seorang gadis berkereta buat korea parking depan porch rumah ku.Aku menyambut mesra tetamu itu,oh rupa2nya isteriku.Diringkaskan cerita entah apa mimpi isteriku membeli sepaket maggie..mimpi terindah..nak tau cerita ...RAHSIA..PSST

Wednesday, February 3, 2010

alkisahnya sebuah rumah

akhirnya dapat juga kunci umah..beberapa minor defect yg dah dibaiki:plug elektrik 3 bilik kecil,longkang retak..dan minor defect yg lain.Apa2 pun puas hati Compound yg luas,driveway pun ok..need to put awning...roughly 1 thosusand ++, belum pun tuannya pindah, bunga2 dan pokok kari telah pindah dulu..alahai..,hopefully by next week wiring dan grill dah pasang...logiknya by march dapat pindah.

Thursday, January 7, 2010

kehidupan

Entah kenapa hari ini semangat membara.Hujan yg lebat semalam adalah rahmat buat diriku.Semangat untuk mendidik anak bangsa berkobar2.Akan aku jadikan kelas itu yg terbaik di kalangan seangkatan mereka.Biar puas hati mendidik.Nampaknya mereka bersungguh2."Cikgu akan ajar awak sampai pandai.Sapa yang buat kerja yg cikgu buat dan dengar cakap cikgu dia akan berjaya.Sangat sayang akan kelas tersebut.Apakan daya esok jumaat 22 muharram merupakan hari terakhir mendidik mereka.Selalu jodoh tak panjang dgn budak2 itu..memang mereka ada harapan besar utk challenge "kelas bagus".Tak pa doakan saja.Kehidupan kan begitu...seperti roda kekadang di atas , kekadang di bawah..pasrah lah buat diriku...

Thursday, December 31, 2009

INSPIRASIKU 2010

Hari berganti hari.Masa berlalu tidak berganti..2010 bermakna usia menjangkau 30-an..2009 berlalu begitu pantas.Tidak sedar kerana keasyikan melayan kerenah sorang anak bujang dan 2 anak dara...Kepenatan seharian bekerja terubat mendengar buah bicara mereka bertiga..sesekali keriuhan dek tangisan anak bongsu..memprogramkan aktiviti utk anak2 membesar dengan penuh pengalaman memerlukan kreativiti yg bukan sedikit..Kesabaran seringkali tercabar..Anak2 perlu dibelai dan di manja..sesekali rotan pun menjadi guru yg bermakna mendisiplini mereka..Selamat Tahun Baru..

Monday, December 28, 2009

Dunia Bukan Milik Juara!

Ramai orang yang menyukai seorang juara.Malah memuja dan menjadikannya idola.Tapi tahukah kita betapa ramai juara yang tertewas.Barangkali bukan kerana kurangnya pengalaman atau ilmu.Boleh jadi kerana kurangnya kudrat dan lunturnya daya juang.Barangkali tumpulnya idealisme adalah penyebab utama.Lalu dunia ini milik siapa? Pertama orang berilmu.Kedua orang berdisiplin.Ketiga punya kualiti dan dedikasi..Dunia ini sudah pasti milik anak muda.Mengapa?Bukankah segala ciri di atas terdapat pada anak muda..Conpenhagen master misalnya Juara 9 kali Gade tewas kepada pemain tidak ternama Palyama.Nama yang jarang kita dengar bukan?..Dunia Bukan Milik Juara!

Saturday, December 19, 2009

ARSENAL MENANG LAGI

Arsenal mempamerkan permainan bertenaga..Dengan kehebatan percaturan arsene wenger.. akhirnya arsenal mendapat mata penuh.perlawanan berakhir 3.30 pagi dengan Arsenal 3 - Hull City 0.Sangat membanggakan.Race to the title semakin mendebarkan....Tahniah..Nasri jangan gaduh lagi...

MENDENGAR CERAMAH SHEIKH YUSOF AL-QARDAWI LIVE

Hari bersejarah dalam hidupku...tahun baru hijrah tahun ini sungguh bermakna.Walaupun pelbagai rintangan untuk ke masjid shah alam akhirnya berjaya juga sampai.Hampir putus asa dengan kerenah yang pelbagai daripada anak-anak..Abg Fatih, Kak Zulaikha dan anak bonsu Khadijah..Akhirnya isteri memberi semangat..dan berjaya mendengar sampai habis..Awal Muharam...Hijratul Rasul yang bersejarah juga menemukan diriku yang kerdil dengan ulamak besar dunia....ALHAMDULILLAH.