Wednesday, February 9, 2011

ABANG FATIH DI MIRI


Ni tempat yang paling best untuk makan laksa sarawak dan mee kolok

Saturday, February 5, 2011

permulaan yang mengembirakan..akhirnya hampir mengecewakan

Hampir aku terasa lega melihat 4 jaringan awal daripada pemain-pemain arsenal.Detik gembira bertukar kecewa setelah abu diaby di buang padang. Newcastle utd akhirnya mampu menyamakan kedudukan 4 sama.Kehilangan Andy Carol seolah-olah kurang memberi impak kepada pasukan.Sedikit rasa lega apabila MU terpaksa tunduk dengan kenakalan WOLVES.

Perpindahan pemain di Liga Perdana Inggeris januari ini menyaksikan Tores memecah rekod perpindahan dengan nilai 50 juta pound.Mengikut Benitez nilai Tores adalah 70 juta pound.

p/s 2 jaringan Newcastle Utd adalah diperoleh melalui sepakan penalti.Arsenal pernah kalah 1-0 kepada Newcastle Utd pada 2010.

Friday, February 4, 2011

lawatan sambil belajar





Ni adalah lawatan sambil belajar ku bersama teman-teman ke seksyen 9 shah alam akhir 2010. sempat juga aku mengambil gambar masjid negeri dari puncak bukit seksyen 9 itu.

singgah sebentar di masjid terapung kuala terengganu



Dalam perjalanan pulang dari Terengganu sempat juga aku singgah di masjid terapung.Sempat posing dengan anak-anak depan masjid yang tersergam indah itu.Selepas itu terus meluncur semula ke pasar payang, sebuah pasar tersohor di kuala terengganu untuk mencari beras nasi dagang kerana isteriku terlupa. Setelah itu kami sekeluarga membeli keropok lekor yang telah di goreng.Kami membeli dalam rm30.Bekalan itu hanya untuk dimakan sepanjang perjalanan menuju ke klang.

Saturday, January 22, 2011

abg fatih dan kakak zulaikha bersama hadiah



Al-kisahnya kata si anak "abg dapat 100% dalam periksa".Si ayah dah berbunga riang.Semak punya semak rupanya si anak cuma gempak jer.Akhir tahun tengaok la laporan anak.Yang sulung dapat hadiah ketiga, kakak pun dapat tempat ketiga.Dapat la hadiah alat-alat tulis.

Friday, January 21, 2011

JALAN JALAN KUALA PERLIS





Jalan-jalan kat kuala perlis pun best jugak.Sekali sekali pekena ikan bakar.Mencari mentarang kegemaran isteriku.Nak cr ikan segar boleh lajak terus ke kuala sungai baru.Di perlis paling best bihun sup bang dan singpang empat.setiap kali berkunjung ke perlis agenda pekena bihun sup ni jarang dilupakan.minum air kelapa kat kangar sambil pekena rojak kadang2 best jugak.

Wednesday, January 19, 2011

sesma 2010


Akhirnya aku sempat juga berposing depan sekolah lamaku di SESMA sewaktu kunjunganku ke terengganu akhir tahun 2010.Tu pun setelah mempunyai 3 orang cahaya mata.Aku mendaftar diri di sesma akhir 1992.Ketika itu dihantar dengan van Yayasan sarawak.Untuk 2 minggu pertama aku ada jugak mengalami homesick.Agaknya dek perubahan cuaca angin pantai timur.Perjumpaan pertama dengan pengetua Cikgu Samsuddin kuingat sampai ke hari ini.Katanya mesti habis belajar di sini sampai tingkatan lima.