Sunday, October 25, 2009

PALESTIAN

Bangsa terawal yang pernah menduduki Palestian ialah bangsa berketurunan Kan'an.Mereka berhijrah sejak 4500 tahun daripada Semenanjung Tanah Arab.Apabila Islam muncul majoriti penduduknya menganut Islam.Dakwaan bahawa Pelestian adalah milik orang Yahudi adalah palsu.Ini berdasarkan beberapa hujah....
1.Peristiwa Isra' dan Mikraj bukti utama bahawa Palestian milik orang Islam.Bumi ini adalah warisan para nabi yang diamanahkan kepada Rasulullah dan kaum muslimin.
2.Perjanjian Umar yang dikenali sebagai al-Ahd al-Umari(The Covenant of Umar yang telah menyatakan pengiktirafan Kristian terhadap umat Islam dan mereka meminta Khalifah Umar supaya tidak membenarkan Yahudi tinggal di Baitulmuqaddis...

Sunday, October 18, 2009

NAMA-NAMA MALAIKAT

Berikut ini adalah nama malaikat yang ada di Al-Quran maupun di Hadis Nabi dengan jumlah sepuluh malaikat yang harus kita ketahui nama dan tugas mereka. Jumlah malaikat sebenarnya tidak terhitung jumlahnya. Malaikat diciptakan oleh Allah SWT dari cahaya atau nur yang diciptakan Allah hanya untuk menyembahNya tanpa memiliki hawa nafsu seperti layaknya manusia dan setan yang terkutuk.
1. Malaikat Jibril bertugas menyampaikan wahyu dari Allah SWT.
2. Malaikat Isrofil / bertugas meniup sangkakala
penanda hari kiamat telah tiba.
3. Malaikat Izroil /Malaikat Maut bertugas mencabut nyawa.
4. Malaikat Raqib bertugas memcatat
segala perbuatan amal baik atau kebajikan seseorang.
5. Malaikat Atid bertugas mencatat segala perbuatan
buruk, kejahatan dan dosa seseorang.
6. Malaikat Munkar bertugas menanyakan seseorang di
alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.
7. Malaikat Nakir bertugas menanyakan seseorang di alam kubur
mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.
8. Malaikat Mikail bertugas memberikan dan menyampaikan
rezeki.
9. Malaikat Ridwan bertugas menjaga pintu surga
10. Malaikat Malik bertugas menjaga pintu neraka
Tambahan malaikat berdasarkan kitab suci Alquran :- Malaikat zabaniyah /
zabaniah : 19 malaikat penyiksa dalam neraka- Humalatur arsy : Empat malaikat
pembawa Arsy
Allah SWT

PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LALAI

AMATLAH MALANG SESEORANG ITU, APABILA UMURNYA BERTAMBAH TETAPI AMAL IBADAHNYA TIDAK BERTAMBAH

KHEMAH-KHEMAH SYURGA

  • Allah telah menyediakan khemah yang tersergam indah (tempat-tempat untuk beristirehat atau bersantai) untuk para tetamu Allah s.w.t di dalam syurga.
  • Namun kita tidak dapat bayangkan bagaimana rupa bentuknya, apakah bahan binaannya dan betapa indah hiasan-hiasan yang disediakan.
  • Terdapat di dalam khemah-khemah tersebut bidadari-bidadari yang tersangat cantik lagi putih.
  • Mereka akan sentiasa berada di dalam khemah bagi memastikan mereka dapat memberi layanan yang paling istimewa kepada penghuni-penghuninya..
  • Firman Allah bermaksud:"BIDADARI YANG CANTIK PUTIH BERSIH BERADA DI DALAM KHEMAH"(Ar-Rahman)
  • Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w memberi sedikit bayangan tentang keindahan yang ada pada khemah tersebut.
  • Khemah tersebut diperbuat daripada permata yang berongga yang luas ruang tengahnya.
  • Tinggi dan lebarnya sebanyak enam puluh batu(kiraan tempoh perjalanan kaki di dunia.
  • Bagi orang-orang Arab, khemah yang tinggi dan besar adalah lambang kemewahan,kekayaan dan taraf keselesaan hidup yang tinggi.
  • Penghuni khemah tersebut akan sentiasa di layan dengan penuh istimewa oleh bidadari-bidadari dan pelayan-pelayan syurga.
  • Nikmat yang besar ini disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud;

Sesungguhnya bagi orang-orang yang beriman akan disediakan satu khemah untuk mereka yang diperbuat daripada batu permata yang berongga yang luas ruang tengahnya,tingginya enam puluh batu ,lebarnya pula enam puluh batu.Bagi mereka itu juga ahli-ahli keluarga (bidadari-bidadari) yang akan mengelilingi mereka (melayan).Mereka tidak akan melihat sesama mereka (antara khemah dengan khemah yang lain)

Saturday, October 17, 2009

JANNATU ADNIN

  • Jannatu Adnin adalah salah satu daripada syurga yang sangat indah bentuk binaannya.
  • Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa Allah s.w.t sendiri yang telah membinanya dengan kekuasaannya.
  • Batu-batanya ada yang diperbuat daripada batu permata berwarna putih dan warna merah
  • Rumput-rampainya adalah tumbuhan zafron dan batu-batu kecilnya adalah batu-batu permata.
  • Tanahnya pula daripada Anbar.
  • Para tetamu akan menjejakkan kaki ke syurga ini sudah pastinya orang-orang istimewa yang mendapat limpah rahmat dan keredhaan Allah s.w.t

Syurga Firdaus (Jannatul Firdaus)

  • Syurga Firdaus adalah Syurga yang paling tinggi darjatnya.
  • Sesunggungguhnya ia terletak di tengah-tengah jenis-jenis syurga
  • Di atasnya terdapat Arash Allah dan dari syurga Firdauslah mengalir sungai-sungai yang terdapat di dalam syurga
  • Rasulullah menyarankan kepada kita apabila kamu memohon pohonlah Syurga Firdaus

NAMA-NAMA SYURGA

Allah telah menyebuttujuh jenis nama Syurga di dalam al-Quran.
1.Jannatul Firdaus
2.Jannatu A'dnin
3.Jannatul Na'im
4. Jannatul Khuld
5.Jannatu Daarissalam
6. Jannatu Qaraar
7.Jannatul Ma'wa