Thursday, December 31, 2009
INSPIRASIKU 2010
Hari berganti hari.Masa berlalu tidak berganti..2010 bermakna usia menjangkau 30-an..2009 berlalu begitu pantas.Tidak sedar kerana keasyikan melayan kerenah sorang anak bujang dan 2 anak dara...Kepenatan seharian bekerja terubat mendengar buah bicara mereka bertiga..sesekali keriuhan dek tangisan anak bongsu..memprogramkan aktiviti utk anak2 membesar dengan penuh pengalaman memerlukan kreativiti yg bukan sedikit..Kesabaran seringkali tercabar..Anak2 perlu dibelai dan di manja..sesekali rotan pun menjadi guru yg bermakna mendisiplini mereka..Selamat Tahun Baru..
Monday, December 28, 2009
Dunia Bukan Milik Juara!
Ramai orang yang menyukai seorang juara.Malah memuja dan menjadikannya idola.Tapi tahukah kita betapa ramai juara yang tertewas.Barangkali bukan kerana kurangnya pengalaman atau ilmu.Boleh jadi kerana kurangnya kudrat dan lunturnya daya juang.Barangkali tumpulnya idealisme adalah penyebab utama.Lalu dunia ini milik siapa? Pertama orang berilmu.Kedua orang berdisiplin.Ketiga punya kualiti dan dedikasi..Dunia ini sudah pasti milik anak muda.Mengapa?Bukankah segala ciri di atas terdapat pada anak muda..Conpenhagen master misalnya Juara 9 kali Gade tewas kepada pemain tidak ternama Palyama.Nama yang jarang kita dengar bukan?..Dunia Bukan Milik Juara!
Saturday, December 19, 2009
ARSENAL MENANG LAGI
Arsenal mempamerkan permainan bertenaga..Dengan kehebatan percaturan arsene wenger.. akhirnya arsenal mendapat mata penuh.perlawanan berakhir 3.30 pagi dengan Arsenal 3 - Hull City 0.Sangat membanggakan.Race to the title semakin mendebarkan....Tahniah..Nasri jangan gaduh lagi...
MENDENGAR CERAMAH SHEIKH YUSOF AL-QARDAWI LIVE
Hari bersejarah dalam hidupku...tahun baru hijrah tahun ini sungguh bermakna.Walaupun pelbagai rintangan untuk ke masjid shah alam akhirnya berjaya juga sampai.Hampir putus asa dengan kerenah yang pelbagai daripada anak-anak..Abg Fatih, Kak Zulaikha dan anak bonsu Khadijah..Akhirnya isteri memberi semangat..dan berjaya mendengar sampai habis..Awal Muharam...Hijratul Rasul yang bersejarah juga menemukan diriku yang kerdil dengan ulamak besar dunia....ALHAMDULILLAH.
Wednesday, December 16, 2009
Seindah Pelangi(Bahagian Kedua)
Sedang asyik dia bermenung sendirian hujan gerimis membasahi rambutnya yang ikal mayang..satu dua mengenai pipinya yang mulus.Danial Haziq bergegas berteduh di bawah pepohon kelapa di tepian pantai Tanjong...Renungan matanya pada anak-anak kecil yang asyik membina istana pasir dan mandi-manda terhenti.Pandangannya teruja akan keindahan warna pelangi di kaki langit.Diperhatikan olehnya satu persatu olehnya 7 warna pelangi itu.Danial kagum merenung pelangi.Alangkah daif dirinya.Marahkan gerimis padahal Allah menggantikannya dengan pelangi.Pancaran cahaya mentari menembusi gerimis hujan dan membentuk pelangi.Ibarat sebuah kehidupan.Hatinya berbisik.Adakalanya suka.Adakalanya duka.Silih berganti.Kehidupan diriku seindah pelangikah?Atau sekadar pelangi petang yang hadirnya seketika?Tidak terasa kehadirannya semasa hayat tetapi dingati da dirasi setelah tiada.Sukar untuk ditelaah fikir Danial Haziq..Kita hanya merancang tuhan yang menentukan..Lamunannya terhenti seketika tika beberapa orang gadis awal 20-an melewati hadapannya..Barangkali gadis kota.barangkali gadis kampung atau barangkali pelatih institut perguruan di bersebelahan rumah sewa..atau siapa-siapa hati kecilnya berdetik....
Sunday, December 13, 2009
ARSENAL THE BEST
Arsenal memenangi perlawanan menentang the reds..2-1.Jaringan Arshavin lewat permainan nyata memberi makna buat the gunners...Ia mengulangi pertemuan klasik musim 2008/2009 yang berkesudahan Arsenal 4-4 Liverpool.Nyata percaturan Wenger memberikan byk peluang kepada pemain kelahiran perancis Samir Nasri berbaloi..Arshavin ternyata berada pada kelasnya yang tersendiri..Dengan keputusan perlawanan memihak the gunners....persaingan merebut tahkta EPL masih terbuka....sekian..
Seindah Pelangi(Bahagian Pertama)
Angin sepoi-sepoi bahasa dan panas terik mentari petang membuatkan Danial Haziq asyik berada di tepian pantai Tanjong...Leka benar dia memerhati laut membiru dan pasir memutih.Sesekali diteguknya minuman cincau yang dibelinya dari mak cik pertengahan umur yang setia menujual di pantai itu...Damai rasa hatinya....Cantik sungguh pantai ini..hatinya berdetik...Deruan motokar sering mengganggu keheningan petang...
Saturday, November 28, 2009
KHADIJAH LEBIH KUAT DARIPADA ULTRAMAN
KISAH 1
Dalam leka bermain dengan anak-anak sambil menonton tv tiba-tiba ternampak anak yang bongsu mengunyah sesuatu..biasanya duit syiling...alangkah terkejutnyaila di dapati di dalam mulut Khadijah adalah KEPALA ULTRAMAN...
KISAH 2
Tiba-tiba zulaikha menjerit....Khadijah makan ultraman....didapati dalam mulut khadijah ialah lengan ultraman
KESIMPULAN
Khadijah lebih kuat daripada ultraman

Tuesday, November 24, 2009
DI ATAS RUNTUHAN MELAKA LAMA
DIPETIK DARI KENANG-KENANGAN HIDUP (HAMKA-1966)
......................................
......................................
Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa
Malang dan mujur nasibnya bangsa
turun dan naik silih berganti
terhenyak lemah naik perkasa
bergantung atas usaha sendiri
Riwayat yang lama tutuplah sudah
apalah guna lama baharu
baik berhenti bermenung gundah
sekarang dibuka lembaran baru
bersambung....
......................................
......................................
Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa
Malang dan mujur nasibnya bangsa
turun dan naik silih berganti
terhenyak lemah naik perkasa
bergantung atas usaha sendiri
Riwayat yang lama tutuplah sudah
apalah guna lama baharu
baik berhenti bermenung gundah
sekarang dibuka lembaran baru
bersambung....
Sunday, November 22, 2009
PIAGAM MADINAH
Kandungan Piagam Madinah
• Fasal 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu menyertai mereka dan berjihad bersama-sama mereka.
• Fasal 2
Sesungguhnya mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia lain.
• Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetap di atas peraturan lama mereka dan mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.
• Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas peraturan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tiap-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusan darah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
• Fasal 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.
o Fasal 12-b
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.
• Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.
• Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.
• Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah saling menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.
• Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.
• Fasal 17
Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
• Fasal 18
Bahawa setiap yang bertugas untuk berperang bersama-sama hendaklah tenaganya (bagi perperangan itu) silih berganti.
• Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.
• Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.
o Fasal 20-b
Bahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)
• Fasal 21
Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak halal bagi mereka melainkan menegakkan di atasnya.
• Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Akhirat, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.
• Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah(Al-Quran) dan Muhammad(Sunnah Rasulullah Sallahu alaihis wa sallam).
• Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka berperang.
• Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
• Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf.
• Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)
• Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan bahawa perkara kebajikan hendaklah menentang perkara dosa.
• Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.
• Fasal 35
Bahawa para pembesar kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
• Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari piagam ini (dari pakatan ini) melainkan dengan izin Muhammad.
o Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
• Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan tanpa perbuatan dosa.
o Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.
• Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
• Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
• Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
• Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
• Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya
• Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
• Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
• Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).
.Fasal 45-B Setiap orang hendaklah mengambil bahagian masing-masing yang mereka menerima dari sebelah pihak mereka.
• Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.
• Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad itu sebenarnya Rasulullah.

Friday, November 20, 2009
BEST OF ZIDANE
Nama : Zinedine Zidane
Tarikh Lahir : 23 Jun 1972
Tempat Lahir : Marseille, Perancis
Tinggi : 185 cm
Berat : 78 kg
Profesyen : Pemain Professional
Kelab: Real Madrid FC
Posisi: Attacking Midfielder [Ketua Pasukan Perancis ]
Nama gelaran beliau ialah Zizou.Beliau adalah pemain terbaik dunia.Pada perlawanan Piala Dunia 1998 beliau mengetuai Perancis memenangi Piala Dunia dengan menjaringkan dua gol menentang Brazil pada Final Piala Dunia.Pada tahun 2000 beliau membantu Perancis memenangi EURO 2000.Beliau telah dipilih menerima anugerah FIFA Player of The Year (1998,2000 dan 2003) Ketika Zaman kegemilangan perpindahan tertinggi oleh beliau dari Juventus ke Real Madrid ialah USD66 juta merupakan yang termahal dalam sejarah.Beliau turut membantu perancis mendapat tempat kedua selepas dikalahkan itali melalui sepakan penalty pada tahun 2006.
Sunday, October 25, 2009
PALESTIAN
Bangsa terawal yang pernah menduduki Palestian ialah bangsa berketurunan Kan'an.Mereka berhijrah sejak 4500 tahun daripada Semenanjung Tanah Arab.Apabila Islam muncul majoriti penduduknya menganut Islam.Dakwaan bahawa Pelestian adalah milik orang Yahudi adalah palsu.Ini berdasarkan beberapa hujah....
1.Peristiwa Isra' dan Mikraj bukti utama bahawa Palestian milik orang Islam.Bumi ini adalah warisan para nabi yang diamanahkan kepada Rasulullah dan kaum muslimin.
2.Perjanjian Umar yang dikenali sebagai al-Ahd al-Umari(The Covenant of Umar yang telah menyatakan pengiktirafan Kristian terhadap umat Islam dan mereka meminta Khalifah Umar supaya tidak membenarkan Yahudi tinggal di Baitulmuqaddis...

Monday, October 19, 2009
Sunday, October 18, 2009
NAMA-NAMA MALAIKAT
Berikut ini adalah nama malaikat yang ada di Al-Quran maupun di Hadis Nabi dengan jumlah sepuluh malaikat yang harus kita ketahui nama dan tugas mereka. Jumlah malaikat sebenarnya tidak terhitung jumlahnya. Malaikat diciptakan oleh Allah SWT dari cahaya atau nur yang diciptakan Allah hanya untuk menyembahNya tanpa memiliki hawa nafsu seperti layaknya manusia dan setan yang terkutuk.
1. Malaikat Jibril bertugas menyampaikan wahyu dari Allah SWT.
2. Malaikat Isrofil / bertugas meniup sangkakala
penanda hari kiamat telah tiba.
3. Malaikat Izroil /Malaikat Maut bertugas mencabut nyawa.
4. Malaikat Raqib bertugas memcatat
segala perbuatan amal baik atau kebajikan seseorang.
5. Malaikat Atid bertugas mencatat segala perbuatan
buruk, kejahatan dan dosa seseorang.
6. Malaikat Munkar bertugas menanyakan seseorang di
alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.
7. Malaikat Nakir bertugas menanyakan seseorang di alam kubur
mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.
8. Malaikat Mikail bertugas memberikan dan menyampaikan
rezeki.
9. Malaikat Ridwan bertugas menjaga pintu surga
10. Malaikat Malik bertugas menjaga pintu neraka
Tambahan malaikat berdasarkan kitab suci Alquran :- Malaikat zabaniyah /
zabaniah : 19 malaikat penyiksa dalam neraka- Humalatur arsy : Empat malaikat
pembawa Arsy
Allah SWT

PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LALAI
AMATLAH MALANG SESEORANG ITU, APABILA UMURNYA BERTAMBAH TETAPI AMAL IBADAHNYA TIDAK BERTAMBAH
KHEMAH-KHEMAH SYURGA
- Allah telah menyediakan khemah yang tersergam indah (tempat-tempat untuk beristirehat atau bersantai) untuk para tetamu Allah s.w.t di dalam syurga.
- Namun kita tidak dapat bayangkan bagaimana rupa bentuknya, apakah bahan binaannya dan betapa indah hiasan-hiasan yang disediakan.
- Terdapat di dalam khemah-khemah tersebut bidadari-bidadari yang tersangat cantik lagi putih.
- Mereka akan sentiasa berada di dalam khemah bagi memastikan mereka dapat memberi layanan yang paling istimewa kepada penghuni-penghuninya..
- Firman Allah bermaksud:"BIDADARI YANG CANTIK PUTIH BERSIH BERADA DI DALAM KHEMAH"(Ar-Rahman)
- Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w memberi sedikit bayangan tentang keindahan yang ada pada khemah tersebut.
- Khemah tersebut diperbuat daripada permata yang berongga yang luas ruang tengahnya.
- Tinggi dan lebarnya sebanyak enam puluh batu(kiraan tempoh perjalanan kaki di dunia.
- Bagi orang-orang Arab, khemah yang tinggi dan besar adalah lambang kemewahan,kekayaan dan taraf keselesaan hidup yang tinggi.
- Penghuni khemah tersebut akan sentiasa di layan dengan penuh istimewa oleh bidadari-bidadari dan pelayan-pelayan syurga.
- Nikmat yang besar ini disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud;
Sesungguhnya bagi orang-orang yang beriman akan disediakan satu khemah untuk mereka yang diperbuat daripada batu permata yang berongga yang luas ruang tengahnya,tingginya enam puluh batu ,lebarnya pula enam puluh batu.Bagi mereka itu juga ahli-ahli keluarga (bidadari-bidadari) yang akan mengelilingi mereka (melayan).Mereka tidak akan melihat sesama mereka (antara khemah dengan khemah yang lain)
Saturday, October 17, 2009
JANNATU ADNIN
- Jannatu Adnin adalah salah satu daripada syurga yang sangat indah bentuk binaannya.
- Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa Allah s.w.t sendiri yang telah membinanya dengan kekuasaannya.
- Batu-batanya ada yang diperbuat daripada batu permata berwarna putih dan warna merah
- Rumput-rampainya adalah tumbuhan zafron dan batu-batu kecilnya adalah batu-batu permata.
- Tanahnya pula daripada Anbar.
- Para tetamu akan menjejakkan kaki ke syurga ini sudah pastinya orang-orang istimewa yang mendapat limpah rahmat dan keredhaan Allah s.w.t
Syurga Firdaus (Jannatul Firdaus)
- Syurga Firdaus adalah Syurga yang paling tinggi darjatnya.
- Sesunggungguhnya ia terletak di tengah-tengah jenis-jenis syurga
- Di atasnya terdapat Arash Allah dan dari syurga Firdauslah mengalir sungai-sungai yang terdapat di dalam syurga
- Rasulullah menyarankan kepada kita apabila kamu memohon pohonlah Syurga Firdaus
NAMA-NAMA SYURGA
Allah telah menyebuttujuh jenis nama Syurga di dalam al-Quran.
1.Jannatul Firdaus
2.Jannatu A'dnin
3.Jannatul Na'im
4. Jannatul Khuld
5.Jannatu Daarissalam
6. Jannatu Qaraar
7.Jannatul Ma'wa
1.Jannatul Firdaus
2.Jannatu A'dnin
3.Jannatul Na'im
4. Jannatul Khuld
5.Jannatu Daarissalam
6. Jannatu Qaraar
7.Jannatul Ma'wa
Subscribe to:
Posts (Atom)